Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 27, 2010

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 5)

BAB 5

          Hari ini,, tiba-tiba ada call daripada Guard yang 24 jam mengawal kondo kami.. Dia call sebab nak inform yang kami dapat surat.. Aku dan Sasya bergegas menaiki lif ke tingkat bawah untuk mengambil surat yang dikatakan penting oleh Guard kami.. Manalah tau kan,, entah2 surat daripada nenek kat kampung sebab bagitau atuk sakit ke.. Tapi,, setau aku,, atuk n nenek aku dah meninggal.. Nak kata atuk or nenek Sasya yang hantar surat,, tak logik la pulak sebab takkan atuk or nenek dia nak pos surat kat aku sekali..

          Sesampainya kami di tingkat bawah,, Guard tu terus bagi kat kami surat yang kami dapat.. Kemudiannye,, kami naik semula ke tingkat atas.. Dalam lif,, kami terus bukak envelope yang kami dapat.. Aku terus terjerit apabila membaca isi kandungan envelope itu.. Sasya turut mengikut jejak langkahku..Bergegar lif itu dek kerana paduan suara kami yang nyaring.. Kalah pontianak....

          "Sya!! Aku dapat tawaran pi London.. Ambik medic kat sana.." kataku setelah kami masuk ke dalam perut kondo kami..

          "Eh,, yeke Rin?? Aku pun dapat pergi London gak.."

          "Tak sangka kan Rin,, kita still dapat study sesame.. So,, kau nak accept tak tawaran tu??" sambung Sasya lagi..

          "Haah,, aku tengah excited giler ni.. Tapi,, a....a..aku tak tau la nak accept ke tak tawaran tu.." kataku bercampur malu untuk menerangkan hal yang sebenar.. Sebenarnya,, aku tak tau nak accept or tak bukan sebab ape,, aku taknak berjauhan dari Am je.. hehehe

          "Wei,, apesal pulak tak tau nak accept ke tak?? Accept je la.. Boleh kita study sesame.. Cube kau gitau aku sebab ape kau  tak tau nak accept ke tak?? Ni mesti ade something kan?? Baik kau jangan rahsiakan dari aku.. Kalau tak,, aku report kat Am yang kau taknak sambung belajar sebab nak ikut die.."ugut Sasya

          'Oit,, mane pulak minah ni tau??'

          'Kalau la kau tau Sya,, apa yang kau fikir tu betul,, mesti kau gelakkan aku.. Aku sendiri pun tak tau Sya,, camane aku boleh terminat giler2 kat Am tu.. Sampai dalam mimpi pun Am juga yang muncul.. Aku buntu Sya!!' desis hatiku lagi

          "Weh,, sedapnya kau layan blues ek?? Aku yang tengah membebel ni kau buat tak tau je.. Dahlah,, daripada aku layan kau Rin.. baik aku call Rizwan.. laaaaaagiiii bagoih.."marah Sasya padaku

*********************************************************************************

Keesokan pagi..

          "Helo,, Rin ke ni.. Saya Am.. Rin.. awak free tak malam ni?? Saya nak ajak awak keluar jap.. Berdua je.. Ade something important saya nak bagitau kat awak.."ucap Am memulakan bicara..

          "Owh Am.. Free kot.. Tapi nak keluar pergi mane?? Nape takleh ajak Sasya sekali?"soalku panjang

          "Saya jemput awak kat rumah nanti.. Kita pergi Taman Tasik.. Saya nak privacy sikit sebab ade hal yang saya nak awak sorang je tau.."

          "Owh.. Ye lah.. Jumpa nanti.. Pukul 8.30 okey??"

          "Boleh la.. Tunggu saya kat luar ye.. K bye.. Assalamualaikum.."ujarnya memberi kata putus sambil mengakhiri perbualan kami..

          "Waalaikumsalam.."

*********************************************************************************

Di Taman Tasik Titiwangsa..

          Kami berdua pergi dinner dulu selepas Am menjemputku di rumah dengan kereta Vios nya..

          "Rin,, saya sebenarnya nak bagi tau sesuatu kat awak"

          "Ape dia? Macam serious je.."

          "Sebenarnya dah lama saya suka kat awak.. Cuma,, saya tak berani nak bagi tau.. Tapi,, since saya dapat tawaran belajar ke Amsterdam,, saya tekad nak bagi tau awak.. Saya taknak awak lepas ke tangan orang lain.."ucap Am lancar selamba.. Namun, masih terpancar keikhlasannya.. Aku terpempan.. Luahannya menandakan aku tak bertepuk sebelah tangan.. Tapi, aku masih tak mampu memberi keputusan..

          "S.. sa.. saya perlukan masa Am.. Boleh tak awak bagi saya 2 hari je untuk saya fikir?? Saya buntu.." luahku bertentangan dengan kata hati.. Hatiku beria-ria megatakan aku juga suka padanya,, tapi entah mengapa mulutku berbicara lain..

          "Ambillah seberapa banyak masa yang awak nak Rin.. Saya setia menunggu dan akan terus menunggu sampai saya dapat jawapan yang pasti.."

          "Am,, terima kasih sebab faham saya.. Tapi tadi awak ada cakap yang awak nak ke Amsterdam kan?? Awak ambik kos ape?"ujarku untuk mengendurkan suasana dan menjadikannya lebih selesa..

          "Secret.."ucapnya sepatah

*********************************************************************************

No comments:

Post a Comment

Let us feel the calmness..

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!