Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 15, 2011

Unknown 2


“Hmm. Apa-apa jelah.” Menguap. “Saya dah ngantuk. Tapi, sebelum tu, saya nak tanya.” Aisyah diam.

“Awak tengah mintak kebenaran saya untuk tanya soalan ke?” Afiq geleng kepala. Dah dia diam tu, mestilah dia tengah tunggu kebenaran kau!

“Tak.” Diam lagi. “Saya dah lupa nak tanya soalan apa.”

Afiq tergelak. Aisyah.. Aisyah.. “Okeylah, awak ingatkan dulu. Saya sanggup tunggu sampai awak ingat.” Heh, manisnya mulut kau dengan perempuan Fiq! Dengan Aisyah jelah! Hati dan akalnya bertingkah sesama sendiri.

“Huh.” Aisyah mendengus. Bukan niat dia nak marahkan Afiq. Tapi, dia dah penat dimainkan lelaki yang bermulut manis. Tapi hakikatnya, hampeh! “Kenapa awak tolong saya? Awak kenal saya ke?”

“Saya memang suka buat amal tanpa mengira pada siapa.” Tambah-tambah dekat orang yang saya sayang, sambungnya dalam hati.

Aisyah tergelak. Perasan! “Saya tak tau macam mana nak balas budi awak.”

“Soalan kedua awak tu, awak cari sendiri jawapan dia boleh? Cari sampai dapat. Pasal pertolongan kecik saya tu, awak jangan risau. Saya akan beritahu awak apa yang awak kena buat untuk balas pertolongan saya.”

Aisyah pelik. “Macam mana saya nak cari jawapannya? Jadi, memang awak kenal saya lah?”

“Awak dah mengantukkan? Good night, dear. Assalamualaikum.” Tak menjawab soalan. Lantas talian dimatikan tanpa sempat salamnya berjawab. Dan, di hujung sana Afiq ukir senyum sambil pegang dada. Terasa getaran di situ. Getaran yang makin kuat sejak 6 tahun lalu.

“Waalaikumussalam.” Aisyah hanya menyambut salam Afiq setelah 5 saat talian dimatikan. Dia confused dengan diri dia sendiri. Tak pernah selama dia hidup dia senang-senang layan stranger. Tapi, kenapa bila dengan Afiq dia rasa macam dah rapat? Dear? Keluhan kedengaran lagi. Entah berapa kali dah dia mengeluh hari ni.

Aisyah pelik. Dia rasa dekat dengan Afiq. Rasa selesa walaupun tak sampai satu hari kenal.

Kaki dihala ke katil. Elok punggung mencecah katil, fikiran dibiar melayang ke alam persekolahan.

“Hai.” Budak lelaki yang berspeck tebal dan memakai pendakap gigi menegurnya.

“Hai.” Sapaan dibalas.

“Saya Afiq.” Kaca mata yang melurut ditolak ke pangkal hidung. “Fiq nak jadi kawan awak boleh?”

Aisyah pandang Afiq tak berkelip. “Humayra.” Tangan dihulur. “Boleh.”

Salamnya bersambut. Dan persahabatan mereka terjalin dari situ. Di mana ada Aisyah Humayra, pasti di situlah adanya Afiq Hakimi.

Tapi, suatu hari yang tidak disangka, “Aisyah.” Namanya dipanggil Cikgu Rokayah.

 Aisyah yang ketika itu menunggu Afiq di kantin sekolah berpaling. “ Ya cikgu.”

“Awak taknak masuk kelas ke?”

“Saya tunggu Afiq cikgu. Beri saya 5 minit lagi.”

Cikgu Rokayah pandang Aisyah pelik. “Awak tak tau ke?”

“Tau apa cikgu?” Soalan berbalas soalan.

“Afiq dah takde.” Cikgu Rokayah berjeda seketika. “Dia..” Belum sempat Cikgu Rokayah menghabiskan ayatnya Aisyah berlari ke tandas. Air mata tak henti mengalir di pipinya. Kenapa Afiq buat Mayra macam ni? Cikgu Rokayah yang menjerit namanya di belakang tidak dihiraukan. Patut la bila Mayra call dua tiga hari lepas, asyik perempuan suara seksi tu je yang jawab. Operator. Rupanya, Afiq dah tinggal Mayra.

Hari-hari seterusnya apabila nama Afiq cuba disebut oleh sesiapapun di sekolah mahupun di rumahnya, Aisyah pasti melarikan diri tanpa mahu mendengar apa-apa lagi berkaitan Afiq. Setiap kali nama Afiq disebut, Aisyah rasa jantung dia dicincang lumat berkali-kali. Itu kisah enam tahun lalu. Kisah semasa mereka di tingkatan lima.

Aisyah tersentak. Lamunannya terhenti. ‘Moga roh Afiq tenang di sana. Mayra rindu Fiq..’ rintih hatinya. Air mata di pipi disapu. Handphone yang berdering tanda menerima sms dicapai.

+Esok kita jumpa. I akan explain everything dekat you, sayang. 2.30 di tempat biasa.

Handphone diletak disisi bantal. Malas membalas. Doa sebelum tidur dibaca. Selimut ditarik melepasi dada. Bersedia mengembara ke alam mimpi tanpa sempadan.

***

Pagi itu, selepas puas Lukman memujuknya untuk berjumpa di Rock Café, Aisyah terpaksa setuju. Malas mendengar Lukman yang asyik menelefonnya selang lima mint untuk memastikan dia mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Tepat 2.30 petang, Aisyah sampai di Rock Café. Tempat yang telah dijanjikan oleh Lukman. Dia mengambil tempat di hadapan Lukman.

“Ada apa you nak jumpa I Luk?” Soalan tanpa mukadimah ditanya. Straight to the point.

Lukman pandang Aisyah. “I nak mintak maaf atas apa yang dah jadi. I tak bermaksud nak buat tak kenal you.”

“Tu hak you. I tak ada kata apa-apa kan?” Aisyah membalas.

“Kiranya, you dah maafkan I la ni? And, hubungan kita masih berjalan kan?”

“Yup, I dah maafkan you. I bukan manusia pendendam Luk.” Nafas ditarik dan dihembus. Cool Aisyah, cool. “Tapi, hubungan kita dah takde maknanya. Perasaan I dah mati sejak I tahu you tipu I.”

“You tak dengar penjelasan I lagi Aisyah. Perempuan yang you nampak semalam hanya kawan I.” Lukman raup muka. “Kitorang takde apa-apa hubungan. Trust me.” Tangannya mencapai tangan Aisyah.

Aisyah senyum sinis. Tangan ditarik. “Sejak bila seorang kawan boleh cium kawan yang berlainan jantina Luk? Sedangkan tunang pun you tak boleh buat macam tu selagi tak sah, inikan pula sekadar kawan biasa.”

“I open minded Aisyah. You pun tau kan I ni macam mana.”

“Open minded tengkorak you!” Suara Aisyah naik satu oktaf. Geram dengan makhluk yang masih nak menegakkan benang yang basah. “Open minded sampai lawan hukum?” suara Aisyah kembali kendur.

“I cintakan you Aisyah. Tak boleh ke you maafkan kesalahan I? This is the first and the last.”

Aisyah menggeleng. First konon! Terlayar di ruang matanya gelagat Lukman yang beberapa kali ditangkap sedang bermesra dengan gadis berlainan. Tetapi, ditahankan hatinya kerana cinta. Dan hari ini, Aisyah tekad. Menghentikan hubungan mereka sebelum hatinya luka parah. “For your information Lukman, dah banyak kali I tangkap you tengah bercintan-cintun dengan perempuan berlainan. This is not the first.” Aisyah merenung wajah Lukman yang bungkam. “I pendamkan segalanya sebab cinta. Tapi, hari ni, I dah taknak jadi hamba cinta. Cukuplah hubungan kita berakhir di sini, secara baik.”

Lukman berdiri. “I faham. I harap you akan jumpa orang yang lebih baik dari I.” Senyum plastik ditampal di muka walau dalam hati dah penuh dengan amarah. “I pergi dulu.” Aku akan pastikan kau menyesal Aisyah!

Langkah Lukman diiringi dengan pandangan mata. Aisyah mengeluh berat. Percintaan dia kandas lagi di tengah jalan. Dia bangun, membayar harga minuman dia dan Lukman, lantas berlalu ke keretanya. Dalam hati, hanya ada sekelumit sedih dan sesekali terfikir, sampai bila dia harus menyendiri.

Di dalam kereta, Aisyah menyelongkar handbagnya, mencari handphone kesayangan. Nombor Fina didail.

“Assalamualaikum.” Salam diberi.

“Waalaikumussalam. Kenapa?”

“Kitorang dah putus.” Aisyah diam seketika. Rasa sebak bertandang. “Lepas setahun lebih kitorang couple, hari ni kitorang dah putus.

“Apa?!” Fina terjerit di hujung talian.

“Believe your ears Fina.” Dia terasa nak menangis.

“Huh, memang patut pun korang putus Aisyah.” Fina serba-salah untuk berkata-kata. Ah, hentam jelah. “Lagipun selama ni, kerja dia menghabiskan duit kau je. Berapa kali korang keluar and berapa kali jugak kau kena belanja dia. Dia tu nak kikis duit kau je. Tu belum kira dengan perangai curang dia kat belakang kau. Dah banyak kali kan, kita ternampak dia dengan perempuan lain?”

Air mata yang ditahan sedari tadi gugur jua. “Tadi pun aku yang bayar dia punya air.”

Dia ni, betul-betul sedih ke main-main? “Kau menangis?” Saat soalan tu keluar dari mulut dia, Fina terus menampar mulutnya. Dah sah-sah suara dia serak. Takkan dia ketawa pulak! “Jangan bazirkan air mata kau sebab dia Aisyah.”

“Aku menangis bukan sebab dia.” Habistu? “Tapi, sebab duit aku dah banyak habis. Menyesal aku couple dengan dia.” Aisyah cuba melawak. Menenangkan hati sendiri.

Fina tepuk dahi. Budak nih. Baru lepas putus cinta pun boleh buat lawak species cipan lagi. “Duit boleh cari Aisyah. Dahlah. Tak payah fikir. You better rest yourself.”

Talian dimatikan selepas keduanya berbalas salam. Aisyah menekan pedal minyak. Gen-2nya meluncur laju membelah jalan raya untuk pulang ke rumah.

***

Malam tu, sekali lagi panggilan daripada Afiq diterimanya. Bertanya khabar dan mengajaknya keluar pada keesokan harinya. Mulanya Aisyah menolak, namun bila lelaki itu memberitahunya bahawa itulah cara untuk membalas pertolongan yang diberi tempoh hari, Aisyah setuju. Jika diikutkan hatinya, dia takkan keluar dengan seorang lelaki yang baru beberapa hari dikenali. Namun, disebabkan terhutang budi dengan lelaki itu, dia akur. ‘Ini akan jadi yang pertama dan terakhir.’ Tekadnya.

“Fiq, kenapa Fiq tinggal Mayra?” esakan terus kedengaran. “Mayra rindu Fiq..”

Aisyah melihat bayang2 di sebalik kabus yang tebal. “Afiq!”

“Fiq tak pernah tinggal Mayra.” Afiq statik. Aisyah berjalan laju menghampiri Afiq. Tapi, semakin dia mendekat bayang Afiq semakin jauh dan jauh.

“Jangan tinggal Mayra lagi Fiq! Fiq!!!!!”

“Selamat tinggal Mayra. Afiq sayang Mayra.” Dan bayang Afiq hilang di sebalik kabus yang semakin menebal.

“Fiq!!!!!!!!!!” Aisyah tersedar dari tidurnya. Mimpi itu datang lagi. Aisyah menenangkan diri. Membaca zikrullah dalam hati lalu, dia menyambung lenanya bertemankan air mata.

***

Tangan menyentuh skrin handphone, menghantar pesanan kepada Afiq.

+Saya ada dekat depan Kenny Rogers.

-Tunggu saya. I’ll be there in 5 seconds.

Aisyah menoleh ke belakang bila mesej daripada Afiq selesai dibaca.

Afiq sungging senyum bila sedar dia dah tertangkap sebelum sempat suprisekan Aisyah.

“Hai. How are you?” Afiq senyum sambil bertanya khabar.

Aisyah angkat kening sebelah. “Kalau saya tak sihat, saya takkan ada dekat depan awak sekarang ni.”

Afiq ketawa. Setelah ketawanya reda, Afiq berkata dalam nada serious, “Saya tengok luaran macam okey, dalaman macam mana?”

Segaris senyuman terpamer di wajah Aisyah. Lelaki ni memang prihatin! “Saya okey je, luar dan dalam.” Lelaki ni bukan siapa-siapa untuk Aisyah cerita kesedihan dia. Jadi, dia ambik jalan mudah. Jawapan selamat.

“Awak dengan boyfriend awak dah okey?” Erk? Mana dia tau hubungan kitorang?

“Boyfriend yang mana?” Mukanya sengaja dipamer riak ‘boyfriend-saya-ramai-sangat.’

“Lukman.” Afiq jawab tenang. Tak sedar dia dah tersasul.

“Putus. Kami dah putus.” Aisyah stop bercakap. Terfikir sesuatu. “Mana awak tau nama dia Lukman?”

Afiq garu kepala yang tak gatal. Aduh, terlepas! Goreng jelah. “Pernah kenal dia, dulu.”

“Owh.” Sepatah perkataan disebut Aisyah. Tak tau nak cakap apa.

“Jom.”Melihat Aisyah yang kehilangan kata disisi, Afiq menggamit.

“Pergi mana?”

“Heaven.”

“Afiq!”

Afiq tergelak. Lucu tengok gelagat Aisyah. Comel. Sepatah perkataan terlintas di minda. “Lunch. Boleh?”

Aisyah angguk tanda setuju.

Restoran francais KFC dijejaki. Afiq membeli makanan manakala Aisyah mencari tempat yang masih kosong untuk duduk.

Makanan diletak di atas meja. Burger dihulur kepada Aisyah sementara dia sendiri menyedut minuman berperisa Coke. “Awak tak sedih ke, lepas clash?”

Aisyah hanya tersenyum hambar. Kunyahan dilajukan bila menyedari mereka belum menunaikan solat zohor.

Memahami Aisyah tidak selesa dengan pertanyaannya, Afiq turut mendiamkan diri sehingga mereka selesai makan.

***

Sedang dia bersantai-santai di atas katilnya, Aisyah terbayang kembali perbualan dia dan Afiq ketika selesai menonton wayang. Luahan Afiq yang difikirkan tidak logik langsung pada pandangan mata Aisyah kembali terngiang-ngiang di cuping telinganya.

“Aisyah, kalau saya cakap saya suka awak, awak percaya tak?”

“Awak tengah ulang ayat dalam cerita tadi ke?” Dia cuba bercanda. Tujuannya hanya satu. Mengurangkan resah yang bertandang di hati.

“Saya tak main-main Aisyah. Pertama kali saya nampak awak, saya dah jatuh suka.” Afiq tenang dalam resahnya.

Aisyah gabra. Ternyata Afiq serius. “Common la Afiq. Kita baru kenal tak sampai seminggu pun. Macam mana awak boleh sebut awak suka saya sedangkan awak belum kenal luar dalam saya?” Aisyah diam sebelum menyambung ayatnya, “Lagipun saya baru je clash. Tak mudah saya nak ubat luka dalam hati walaupun in fact, parahnya tak seberapa.”

“Saya bukan nak menangguk di air keruh dan bukan nak ambil kesempatan.” Nafas dihela. “Saya betul-betul sukakan awak. Masa bukan pengukurnya Aisyah.”

“Stop it, Afiq! Saya tak perlukan lelaki. At least, tidak buat masa ni.” Aisyah kalih muka pandang Afiq. “Rasanya, hutang budi saya dah terbalas bila saya keluar dengan awak hari ni. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”

No comments:

Post a Comment

Let us feel the calmness..

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!