Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 5, 2010

Kau Hadir Tikaku Duka

Gadis itu sedang bersedih..
Hatinya amat walang dengan kejadian tadi..
Dia bingung.. Dia bengang..
Dia menanggung kesedihan apabila mengimbas kembali kejadian di rumahnya..
Sungguh gadis itu tak menyangka,, secepat itu 'dia' pergi..
Ratapan gadis itu kian lantang kedengaran..
Tanpa disedari dia diperhatikan..

"Kau ni kenapa? Emo semacam je? Takde keje lain ke selain dari menangis macam orang hilang suami?" tegur seorang pemuda yang kebengangan apabila terdengar esak tangis seseorang yang membuatkan kosentrasinya hilang.. Pada asalnya dia ke taman itu untuk mencari ketenangan menulis not-not lagu yang dirasakannya sesuai bagi pertandingan nyanyian yang akan disertainya.. Rizzal Khalis mencerlungkan matanya melihat manusia yang menangis tadi.. Seakan mahu ditelannya si gadis itu.. Dia semakin geram apabila pertanyaannya tidak berjawab..
'Apa kes minah ni? Bisu ke ape? Tadi menangis boleh pulak!'bentak hatinya kegeraman..

"Hoi perempuan! Kau ape kes hah?? Tak reti nak jawab soalan aku ke?? Aku tanya.. Yang kau menangis ni kenapa?"

"Kau ape kesah? Lantak aku lah nak menangis ke,, nak ketawa ke,, terpekik terlolong ke!! Kau sibuk ape hal?? Aku tak kacau kau pun kan?" bentak Nedya Sofea bengang.. Dahlah dia tengah sedih-sedih ni,, dipanggilnya pulak perempuan.. Lagi bertambahlah marah dia.

"Banyak cantik muka kau! Tak kacau kau cakap? Aku tengah nak kosentrate cari not lagu,, boleh pulak kau melolong kat sini! Nak menangis balik rumah r beb!" Rizzal yang sememangnya pantang ada yang melawan menghamburkan marahnya kepada Nedya

"Sorry la bro.. Aku tak berniat nak kacau kau... Sebenarnya,, kucing aku baru je mati kena langgar.. Thats why aku sedih gile.. Kalau aku kacau kau,, takpelah.. Aku bla dulu.." muka garang Nedya juga bertukar kepada muka mintak simpati.. Cuak juga dia kalau-kalau lelaki yang memarahinya itu menengking habis-habisan.

Rizzal yang tengah panas tu tiba-tiba je rasa macam nak gelak.. Dalam hati dah berbakul gelak kat perempuan di hadapannya itu.. 'Ada ke patut dia nangis macam orang hilang anak.. Padahal anak kucing dia je yang mati! gila ke hape perempuan nih'detis hatinya

***

Nedya yang telah sampai di rumahnya terus masuk ke bilik yang dia diami.. Kejadian pagi tadi terimbas kembali di kotak memorinya.. Kejadian itulah yang membawanya ke taman permainan di mana dia dimarahi oleh seorang lelaki yang amatlah poyo..

“Mama.. Did you see Fifi?” tanya Nedya setelah dia bangun dari tidurnya

“Tadi dia main kat luar tu aje.. Pergi la tengok..”

“Okey.. Thanks mama.. Nedya cari Fifi dulu ye”

“Eh, Nedya Nedya.. Kalau ye pun kamu nak main dengan si Fifi tu,, take your bath first sayang.. Fifi pun tak lalu nak main dengan kamu yang busuk nih.. Nama je anak dara,, tapi tak jaga penampilan langsung..” kata Puan Ziora sambil bergurau dengan anaknya yang seorang itu.

“Alaaaa..” hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulut Nedya walaupun dia tahu dia terpaksa menurut kata mamanya itu juga. Nedya bergegas ke tingkat atas rumahnya untuk mandi.

Setelah selesai mandi, Nedya terus melulu ke luar rumah untuk bermain dengan kucing kesayangannya, Fifi.. Setibanya Nedya di luar rumah, dia ternampak Fifi meluru ke luar kawasan rumahnya dan BAMM!! Tanpa sempat berkata apa-apa,, Nedya ternampak Fifi berlumuran darah.. Matanya terkeluar dan lebih mengerikan,, kepalanya pecah.. Nedya terus menjerit dan berlari ke arah Fifi atau lebih tepat jasad Fifi..

“Fifi!!!”…

Nedya tersentak dari lamunannya. Dia baru tersedar yang dia masih belum menunaikan solat asar. Dia segera ke kamar mandi untuk mengambil wudhu’ dan bersolat..

***
Rizzal sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya apabila menyedari hari sudah hampir senja.. Dia tidak dapat menyiapkan not-not lagu yang dimahukan untuk persembahannya nanti kerana tiada lagu yang terlintas di fikirannya..

Rizzal tergelak sambil berjalan apabila mengingat kembali peristiwa petang tadi di mana seorang gadis yang meratapi kematian kucingnya.. ‘Tapi,, nape aku rasa lain macam bila nampak perempuan tadi hah? Selama ni aku berkepit dengan Lia, Qis dan macam-macam jenis perempuan lagilah,, takde pulak rasa camni’ monolog Rizzal di dalam hatinya

Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan Rizzal untuk terus mengelamun.. Kedengaran suara seorang gadis 20an yang menggedik di corong telefon.
“Hye Rizz.. You kat mana ni? Tadi kata nak jumpa I dekat tempat biasa.”Qis memulakan perbualan dengan suara pura-pura merajuk plus mintak penumbuk.. Qis ialah salah seorang kawan perempuan Rizzal yang berangan bahawa Rizzal akan menjadi miliknya suatu hari nanti.

“Sorry la Qis. I can’t make it.. I need to finish up the songs for our college open competition” Rizzal membalas tanpa sedikit pun rasa bersalah. Yang sebenarnya Rizzal sendiri sangat tidak menyukai perangai Qis yang mampu menyebabkan sesiapa sahaja termuntah darah..

“What?? Sorry you kata! I’ve wait for you all day long and you just say sorry without any sense of guilty? What the …” Belum habis Qis menghamburkan marahnya,, Rizzal terlebih dahulu mematikan talian.. Tak kuasa dia hendak mendengar suara perempuan sebegitu..

***
Hari ini, Nedya ke kolejnya seperti biasa. Hasrat di hati ingin bertemu Andy. Lelaki yang beraja di hatinya sekian lama. Kini mereka telah disahkan sebagai pasangan couple. Masih terngiang
Ngiang di telinganya tatkala ‘lamaran’ Andy menerjah cuping telinga.

“Ned, kita dah lama berkawan kan? U takde rasa apa-apa ke dekat I?” bicara Andy membuatkan Nedya tersentak. ‘Nape pulak Andy nih’ monolog Nedya sendirian.

“Rasa apa? I rasa biasa je” Nedya menutup gemuruh di dada. Namun, Adny lebih bijak mengesan kecuakan yang terpancar di wajahnya. Yang sebenarnya dia dah lama sukakan Andy.

“Let  me make it clear. I love you so much Nedya Sofea. Will you be my girl?”Terang Andy satu nafas. Nedya terkaku. Tanpa disedari air matanya laju menuruni pipi. Hanya anggukan menghiasi wajahnya yang lencun dengan air mata.

Ketika dia sedang mengelamun, dia terlanggar seorang perempuan. Kelihatan perempuan tersebut sedang berpegangan tangan sambil bermesra dengan seorang lelaki. Mungkin teman lelakinya. Buku di tangan Nedya jatuh berterabur. Begitu juga buku perempuan tadi. Nedya mengutip bukunya lalu berdiri.

Namun, apa yang dilihatnya mampu membuatkannya tersungkur. Tak salah lagi. Andy sedang berpegangan tangan dengan perempuan yang dilanggarnya tadi. Andy terkaku. Nedya terkelu.
Dalam keadaan yang tidak dijangka itu, perempuan yang telah Nedya langgar tadi bersuara.

“Weh, tolong angkat buku I sekali boleh? You hit me, so you deserve it” kata perempuan tersebut sinis sekali. Andy hanya melihat dan melemparkan pandangan kearah Nedya seolah-olah memberitahu Nedya ‘you-ambik-je-la-buku-tu nanti-I-explain’

“Sorry miss. My time is too valuable to waste it for you.” Selepas menghamburkan kata-kata itu, Nedya terus bla dari tempat tersebut. Dia tak sanggup lagi berada di situ. Di hadapan Andy yang disangka setia tapi ternyata buaya yang licik dan suka berpura-pura. Syasya yang jelas sedang menahan amarah turut tidak dipedulikan.

Air mata sekali lagi laju menuruni pipinya. Tanpa sedar, dia menangis teresak-esak. Dalam pada dia menangis, ada sepasang mata sedang memerhatikan wajahnya.

***
“What’s up bro!” tegur Zakuan ketika melihat figura teman baiknya di hadapan mata. Dia dan Rizzal sememangnya rakan karib sejak di sekolah menengah lagi. Status keluarga mereka juga menyebabkan mereka baik sehingga kini. Tambahan lagi, keluarga keduanya menjalinkan persahabatan dalam perniagaan yang melibatkan perkapalan.

“Kat atas aku ada ceiling. Tak nampak ke?” kata Rizzal dalam nada bergurau. Dia sangat senang bersahabat dengan Zakuan yang suka merendah diri walaupun keluarganya kaya raya. Rizzal pula sangat terkenal dengan perangai playboy nya di kolej tersebut. Namun begitu, walaupun ramai yang mengetahui hakikat yang satu itu, perempuan-perempuan di kolej tersebut tidak ada yang serik mengejarnya. Mungkin kerana dia seorang yang kacak, tinggi lampai dan ramah ditambah pula dia merupakan pemilik tunggal empayar RK menyebabkannya tidak menang tangan melayan perempuan.

“Ye la. Kat atas kau je ada ceiling. Aku ni berbumbungkan langit je kan” Zakuan berkata dalam nada merajuk

“Woi! Ape ni merajuk-merajuk? Buruk tau tak!” Terburai tawa keduanya mendengarkan kata Rizzal yang bersahaja.

Rizzal kemudiannya meminta diri untuk ke kuliahnya dan berjanji akan menemui Zakuan di waktu rehat. Rizzal dan Zakuan bukan daripada jurusan yang sama. Rizzal mengambil jurusan business manakala Zakuan dalam jurusan Engineering.

Dalam perjalanan ke kuliah, Rizzal ternampak seorang perempuan teresak-esak di sebuah bangku. Entah kenapa hatinya tergerak untuk ke situ. Walaupun akalnya menegah, tetapi hati akhirnya menguasai

***
Nedya tersedar ada seseorang sedang memerhatikannya. Tersentak dia tatkala menyedari sepasang mata sedang merenungnya tajam dengan jarak yang begitu dekat. Yang membuatkannya lebih terkejut lelaki yang merenunginya itu adalah lelaki yang sama memarahinya ketika di taman permainan sewaktu dia meratapi kematian Fifi.

Dan.. kini.. Lelaki itu sekali lagi berada di hadapan matanya ketika dia sedang menangis.. Pelik tapi benar.. Mengapa dia dipertemukan sekali lagi dengan lelaki itu dalam keadaan dia sedang menangis?? ‘Takde masa lain ke?’getusnya sendirian.. Nedya lekas mengesat air matanya menggunakan hujung baju yang dipakai.. Kalau boleh, dia mahu segera beredar dari situ.. Tapi, bila melihat lelaki itu semakin menghampiri, dia mematikan niatnya..

“Hai.. Haiwan peliharaan mana pulak yang dah pulang ke rahmatullah ni?” sindir Rizzal. Dia tidak bermaksud menyindir begitu.. Tetapi timbul niat di hatinya untuk mengusik Nedya yang sedikit sebanyak sudah bertapak di hatinya.. Namun begitu, dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya.. “Banyak sangat ke air mata awak sampai awak tak berhenti menangis?” Rizzal mengusik lagi.. Kata ganti diri kau yang dibahasakan ketika di taman permainan dulu terus ditukar kepada awak.

“Yang awak nak menyindir-nyindir saya ni kenapa?”

“Sorry la cik adik.. Saya bukannya nak menyindir awak.. Saya tengah bercakap dengan awak dalam nada paling berbudi bahasa ni..”

“Argh! Malas saya layan orang yang tak makan ubat macam awak!!”bentak Nedya lalu bangun sepantas kilat untuk pergi dari situ. Tetapi, dia tersentak apabila lengannya digenggam kemas oleh tangan milik Rizzal.

“Hey, awak tak jawab lagi soalan saya.”kata Rizzal dalam nada perlahan dan memujuk. Nedya terpaku. ‘Benarkah dia yang berkata-kata?? Mengapa lembut sekali nadanya??’

“Takde pape la. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum.” Nedya merentap tangannya daripada pegangan Rizzal. Rizzal terkedu. Nedya terus meninggalkan Rizzal tanpa sempat salamnya berjawab.

Dalam hati Nedya menyumpah seranah dirinya sendiri yang tak dapat mengawal perasaannya. Dia sepatutnya tidak menghamburkan tangisnya di situ. Sebaiknya, tangisnya dihamburkan di rumah, bukan di tempat awam sebegini hinggakan Rizzal bisa melihatnya.AWWW.. MALUNYA!!

***
Keesokan harinya..

Nedya bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Andy. Baginya, Andy hanyalah manusia keparat yang tak berguna. Yang hanya tau berpura-pura mencintai. Sesungguhnya dia hanya lelaki yang tau merobekkan isi hati perempuan.

Petang itu, Nedya dan Andy secara rasminya tiada apa-apa hubungan. Walaupun Andy memujuk dan mengatakan yang Syasya hanyalah temannya, namun hati Nedya telah terluka. Nedya reda.

Ketika Nedya keluar dari tandas dilihatnya Rizzal berada berdekatan. Bagaikan sedar dirinya diperhatikan, Rizzal memalingkan mukanya kea rah Nedya. Seketika kemudian, Rizzal berjalan kea rah Nedya.

“Hai. Saya Rizzal. You can call me Rizz.” Salam perkenalan dihulurkan. Nedya membalas sapaan Rizzal seadanya.

“Saya tau awak ada masalah. Tengok awak menangis semalam pun saya dah tahu. Saya harap awak sabar ya.”kata Rizzal dengan senyuman. “Satu lagi. Saya nak mintak maaf dengan awak sebab masa kita jumpa di taman hari tu, saya tertengking awak. Saya tak berniat. Cuma masa tu, saya tengah stress cari not lagu.”Rizzal bertutur ikhlas.

Mendengar tutur kata Rizzal yang ikhlas, Nedya tersenyum. Manis sekali senyumannya sehingga boleh memikat sesiapa yang melihat. Buat beberapa ketika, matanya bertembung dengan mata Rizzal. Kemudian, dia membuat pamitan dan berlalu pergi.

Rizzal yang masih terpana dengan pandangan Nedya bermonolog sendiri.
‘Ah! Aku dah terkena panahan cinta bidadari dari syurga.’

***
Beberapa minggu kemudian..

Beberapa hari saja lagi, merupakan Pertandingan Nyanyian Terbuka kolej mereka. Anntasya yang merupakan rakan karib Nedya mengajaknya untuk menyaksikan persembahan tersebut. Pada mulanya, Nedya keberatan. Tetapi setelah dipujuk oleh Anntasya, dia akhirnya akur.

Rizzal pula sudah bersedia untuk pertandingan kolej mereka. Not-not lagu telahpun siap ditulis. Dia telah membuat keputusan untuk menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan secara duet oleh Ungu dan Rossa. Dia telah mengupah penyanyi perempuan di belakang tabir agar menyanyikan part lagu yang dibawa oleh Rossa. Sedikit lirik telah diubah olehnya agar bertepatan dengan keadaan dirinya ketika itu. Sememangnya lagu itu membawa maksud  tersendiri buatnya.

***
Hari pertandingan..

Rizzal telah bersedia sepenuhnya. Dia amat yakin dengan dirinya. Gilirannya akan tiba selepas seorang lagi penyanyi. Zakuan turut hadir bagi memberikan semangat kepadanya. Di samping itu, Zakuan turut mengajak teman-teman yang lain bagi memberi sokongan kepada Rizzal.
Mereka kelihatan lebih bersemangat daripada para peserta.

Sementara itu, Anntasya dan Nedya sudah berada di dewan di mana pertandingan itu diadakan lebih awal. Kata Anntasya, nanti ramai yang memenuhi dewan dan ternyata telahannya tadi benar belaka. Peserta ketika itu sudah selesai menyanyi. Kini seluruh dewan gamat dengan tepukan apabila nama Rizzal Khalis disebut oleh juruacara bagi persembahan seterusnya. Nedya kelihatan bingung sendiri. Serasanya dia pernah mendengar nama itu. Tetapi, tidak pula dia mengingatinya.

Rizzal keluar ke hadapan pentas bersama gitar kesayangannya. Dia menarik nafas dan kemudiannya terdengarlah suaranya yang merdu  menyanyikan lagu Tercipta Untukmu.

Menatap galaknya sinaran di matamu,
Membuatku terdiam dan terpaku..
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
Saat kau senyum mesra padaku..

Andainya kata, yang termampu ku ungkapkan kepada dirimu,
Aku ingin engkau selalu, hadir dan temani aku,
Di setiap langkah yang meyakiniku,,
Kau tercipta untukku..

Meski waktu akan mampu,
Memanggil seluruh ragaku,
Ku ingin kau tahu,
Ku selalu milikmu,
Yang mencintaimu,
Sepanjang.. Hidupku..

Tepukan gemuruh sekali lagi kedengaran apabila Rizzal selesai menyanyikan lagu tersebut. Nedya terkedu. Dia cukup perasan bahawa mata Rizzal sentiasa menyorotinya ketika dia sedang menyanyi. Dalam hatinya, berbagai perasaan bercampur baur. Melihat Rizzal membuatkan dirinya tak keruan.

“Nedya Sofea!! Will you be my partner for whole of my life? All this while, I’ve seen you along with your tears. Allow me to be with you during your happy time too. Cause I’m here to be with you during hard and happy times. Will you marry me?” Nedya tersentak. Tidak menyangka sejauh itu Rizzal bertindak. Kakinya bagaikan terpaku di lantai. Rizzal semakin menghampiri.

“Tak adil bagi Rizz hidup untuk lihat tangisan Nedya semata-mata kerana Rizz juga mahu berada di samping Nedya saat Nedya ketawa.” Tutur Rizzal ketika berada di hadapan Nedya. Panggilannya bertukar buat kesekian kali.Anggukan Nedya diiringi tepukan para penonton amat menggembirakan Rizzal. Dia melaungkan ‘I LOVE YOU’ sekuat hatinya.

Tiada lagi gundah saat kau terima lamaranku,
Hilang sudah mendung di wajah kala kau mengangguk setuju,
Kini, hanya irama tawamu menjadi penyeri hatiku,
Bukan lagi tangisan yang sering ku lihat dulu.

Friday, November 12, 2010

Nerd = Dia??

Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah bagi sesi 2010. Aku kini bergelar pelajar tingkatan 5, di SMKSR. Sebuah sekolah yang cukup terkenal di ibu kota. Ku sarung uniform sekolah ke tubuh, rambut ku ikat satu dan...... I'm ready to study.. muahhaaaahahaha.. Hari ni aku akan berjumpa balik rakan-rakan sekelas dulu.. Rindu nye... Rindu gile dekat Ira, Ara, Zia, Puri ngan Isya.. Kacip aku tu.... Antara rakan-rakan,, aku dikenali sebagai Im.. Aku suka nama tu sebab nama tu menggambarkan imej aku.. hahahah.. Aku cuma SEDIKIT tomboy la.. Diulangi,, SEDIKIT..

**********

Masa sampai kat sekolah tadi,, aku terus jumpa geng aku..

"Ira,, kau ada nampak tak Ara, Zia n Puri?? Isya aku dh jumpa dah tadi.."sapaku pada teman baikku yang nama sebenarnya ialah Siti Sarah.. Ara tu sebenarnya Sarah,, Zia tu Farahziatul, Isya is Aisyah n Puri is Puteri.. Aku memang suka pendekkan nama2 orang ni.. Siapa tak kenal Im..

"Tak tau la pulak.. Tadi diorang ade kat kelas je.. By the way,, kau jumpa Isya kat ne?"

"Minah tu nak jumpa kat mane lagi,, kat toilet la.. Dia tu kan memang penduduk tetap toilet.. Agaknye masa kecik2 dulu dia tak pernah masuk toilet.. Tu yang lepas gian tu.." selorohku..

Kmudian,, aku dan Ira masuk ke kelas.. Aku terlihat seorang mamat ni.. Dengan berspek tebal,, buku bertimbun-timbun atas meja,, gayanya persis seorang budak nerd.. Aku hapir tergelak.. Tapi ku tahan.. Aku terus membisikkan sesuatu kepada Ira..

"Weh Ra,, tu budak baru ke?? Tak pernah nampak pun.. Dahla berspek tebal berinci-inci.." sempat lagi aku mengutuknya dalam bisikku

"Haah.. Nama dia Fairith Haikal.. Napa?? Kau dah jatuh hati kat dia ke??"gila punya Ira.. Aku memang alergic bab laki ni.

"Kau ni kang,, tak pasal2 aku pelangkung kepala kang.. Sesedap hati kau je nak cakap gitu eh.. Ni Im la.. Setakat mamat tu,, sekali aku kick konfom dia akan gali kubur sendiri.."ujarku dalam nada berlagak.. Sempat lagi tuh.. Aku ni sebenarnya memang tak minat bab laki ni.. Lain la macam geng aku.. Diorang semua dah ada yang punya.. Ira dengan Syameel,, Puri dengan Syah, Zia dengan Adam, Ara dengan Syamir and Isya dengan Afiq.. Aku jela yang masih solo..

*********************************************************************************

Hari minggu macam ni biasalah.. semua orang keluar.. Papa dengan umi aku pun keluar jugak.. Dalam pada keseorangan macam ni,, aku terfikir jugak untuk keluar ngan kawan-kawan aku.. Seorang demi seorang aku call.. Semua pun keluar dengan bf.. Ara je yang boleh temankan aku pada hari tu.. Aku pun pakat lah dengan Ara nak gi Teluk Chempedak.. Ingat nye nak pergi makan Mc'D pastu jalan2 je dekat sekeliling situ.. Best gak..

Dekat sejam,, aku pun siap la berdandan.. Padahal nak pergi TC je.. Sambil-sambil lepas stress nak SPM la katakan.. Aku dengan Ara janji nak jumpa kat TC sejam lagi.. Tapi,, aku nak pergi awal sikit.. Dapat la jalan-jalan sorang-sorang dulu..

Sampainya aku kat TC,, aku berjalan around kawasan tu.. Tiba-tiba boleh pulak aku terlanggar mamat nih.. Dahla dia tak minta maaf.. Terus je sembur aku.. Tapikan,, aku rasa macam aku kenal je mamat poyo ni.. Tapi tak ingat la pulak..

"Eh!! awak ni apesal berjalan tak pakai mata hah?? Sedap2 hati je langgar orang.. Ke dah buta?? Meh saya belikan spek untuk awak nak??" Laju dan lancar sahaja dia menyindirku.. ish.. Bengong la mamat ni.. Sesedap hati die je ngutuk aku.. Jage kau..

"Saya yang berjalan tak pakai mata ke atau awak tu yang buta?? Maklumlah,, di tengah hari yang panas ni pakai spek mata hitam macam orang buta,, mana nak nampak orang sekeliling??"sindirku berbaur geram dengan sikapnye yang gila itu..

"Weh,, cakap elok sikit eh.. Lantak saya la nak pakai spek ke,, nak pakai topeng ke.. Awak apa kisah??"

"Oooo.. Kau suruh aku cakap elok2 eh.. Ni aku nak cakap elok2.. Kau dengar eh.." dari saya awak dah bertukar ke aku kau.. Ni maknanya aku sangat geram dengan si tolol ni.. "Wahai mamat bengong yang terlebih poyo,, kau ni kan,, kalau dah langgar orang tu mengaku je lah.. Susah sangat ke nak mintak maaf.. Cakap je la.. Saya mintak maaf.. Kalau susah sangat nak cakap dalam bahasa melayu,, kau cakap la dalam bahasa Inggeris.. Yang kau tak reti2 bahasa ni kenapa??" Puas hatiku setelah memarahinya.. Aku terus bla dari situ kerana terlalu geram.. Malas aku nak dengar kata2 dia yang menyakitkan hati tu..

*********************************************************************************

Aku dah jumpa Ara dan kami pun jalan-jalan around TC.. Sambil jalan tu, Ara bagi tau aku..
"Im,, aku terjumpa BUAH HATI kau tadi tadi.. Smart gila.. Cair aku Im.. Tapi,, aku tak sangka dia boleh jadi gitu sekali.. Beza gila!" 'Ara.. ow Ara.. kau ni dah gila agaknya.. Bila pulak la aku ada pakwe??' kata-kata itu cuma terluah dalam hati ku saja..

"Weh,, ngok! Aku mana ada buah hati.. Kau gila apa?? Ke dah buang tabiat??" tanyaku marah

"Lek r Im.. Tapi,, memang aku gila pun.. Gila kat pakwe kau tu.. Kalau la aku takde Syamir lama dah aku ambik si Fairith tu buat balak!" serentak itu aku ketawa macam orang tak betul

"Kau gila Ara?? Kau cakap si nerdy tu hensem?? HAHAHAHAHAH.. hahahahahahah.. Lawak siot!! Pandai kau buat lawak.. hahaha" ujarku sambil ketawa.. Mana taknya dia kata Fairith nerdy tu hensem.. Harap nama je cantik,, tapi orangnya................. heheheh.. Taknak aku ngutuk orang..

"Tak percaya sudah.. Weh,, aku lupa nak bagitau,, Syamir cakap dia nak jumpa kita kat sini.. Nak belanja makan.. Dia bawak kawan sekali.. Jom ah" Aku hanya mengikut je si Ara nih..

*********************************************************************************

Dah jumpa dengan si Syamir,, kitaorang terus ke meje yang dia dah cop.. Tapi,, ada sorang lagi mamat kat situ.. Hatiku berkata 'macam pernah nampak'.. Tapi aku terlupa.. Tiba-tiba.. 'Arrrr tidakkkkkkk!!!! Ni mamat yang terlanggar aku tadi.. Aiyoyo mati la aku.. Macam mana ni??'

Walaupun hatiku ku meronta tak mahu ke sana,, tapi,, kaki ku pula menurut.. Sampai je di meja makan "Awak??"kata mamat tadi tu dengan nada terkejut bercampur geram.. Aku pun buatlah muka selamba badak air.. "Errr,, Im.. Saya mintak maaf pasal tadi.. Ye lah,, saya mengaku saya salah.." 'badak betul la dia ni.. Tadi marah-marah.. Sekarang mintak maaf pulak.."

"Hurmm"jawabku sepatah.. Malas aku melayan.. Tapi,, dalam hati pelik jugak.. Cuak pun ada.. Mana dia tahu nama aku.. Masalahnya,, tak terluah pula di bibirku untuk bertanya kerana tetiba Ara datang..

"Hah Im.. Kau kenal ke mamat poyo ni??" sergah Ara

"Eh kau ni kan.. Mana la aku kenal" kataku seakan berbisik

"Weh,, kau ni taknak kenalkan diri kau dekat Im ni ke?? Dia ni mana nak cam muka kau" ujar Ara kepada mamat tu pula..

"Yelah,, sape lah saya ni kan untuk awak kenal.. Kan Im?? Btw,, Fairith.. Fairith Haikal" ucapnya.. Aku terkedu.. Dia masih kaku menghulurkan salam untuk di sambut

"Hah?? Nerdy??"luahku lantang.. Ara yang berada di situ melepaskan tawanya.. Fairith terpinga..

Dalam hati aku berkata 'NERD = DIA??'
'I'VE FALL IN LOVE'

Saturday, October 30, 2010

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 7 a.k.a last bab)

         1 minggu berlalu dengan cepat.. Masa yang aku luangkan dengan Am rasa macam tak berapa cukup je.. Aku rasa sedih sangat.. Nak tinggal mummy ngan daddy tu satu hal.. Nak tinggal Am tu satu lagi hal.. ARGHHHHH.. Hatiku bercelaru dan berkecamuk bagai badai yang melanda hatiku.. Tsunami pun ye gak..
Bila dihitung-hitung, esok aku akan fly.. Di sana nanti,, aku akan sibuk dengan assignment dan pelajaran.. Dah takde masa nak borak ngan Am..

*********************************************************************************

          Aku dah nekad.. Aku dah buat 1 keputusan yang aku rasakan amat susah.. Malam ni jugak aku akan kol Am.. Aku ambil keputusan ni demi kebaikan aku dan Am jugak.. Aku harap Am akan hormati keputusan aku..

MAAFKAN RIN,, AM.. RIN TERPAKSA.. DEMI PELAJARAN..

*********************************************************************************

          HELLO LONDON!! RIN N SYASYA COMING!!

          Kami bertolak ke London setelah berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan.. hahaha.. Rasa macam lawak je tadi.. Bukan air mata je keluar,, air hidung, air mulut semua keluar.. Mummy aku n mama Syasya pun join the scene.. Cuma daddy aku n papa Syasya je control.. Maklumlah,, orang lelaki.. Mana boleh tumpah2 air mate,, nanti jatuh standard la beb.. Tambah2 pulak CEO syarikat.. Ego nye melambung.. HAHAHAHAHAHAHA.. Ape la aku merepek ni????????????????

          Aku dan Syasya tiba di kota London jam 2 petang..Kami berasa sangat gembira di sini.. Tapi aku ade rasa terkilan sikit.. Sebab apa aku terkilan,, it'll be my secret 4 now..

         
           Sya,bilik kita number 235 kan??" kataku sambil memandang bilik yang dinamakan 'Circa Veneris' itu.. Lama ku pandang pintu bilik tersebut sebelum mengalihkan pandanganku ke arah Syasya.. Circa Veneris itu ialah bahasa Latin yang bermaksud.. korang cari la sendiri..

          "Haah.. Betol3.. Masuk jom.. Tapi,, nape banyak sangat kasut ni? Setahu aku kita akan tinggal berdua je kan?? Ke ade orang lain lagi?? Rasanya takde kan??"

          "Aku pun pelik sebenarnya,, tapi,, masuk je la jom.. Maybe ada kita akan duduk satu bilik ngan senior kot.. Biase la,, kita kan kecik lagi.. Heheheh" Mengarut je lebih.. heheh

          Apabila kami masuk ke bilik tersebut,, kami terkelu.. Ia sebenarnya bukanlah bilik tetapi ruangan yang sangat besar dan layak dipanggil rumah. Dengan hiasan yang cantik,, kami merasa bertuah ditempatkan di bilik ini..

         "Hi, welcome to Circa Veneris girls!! You must be freshie from Malaysia right?? I'm Juliana. Your senior.. You can call me kak Ju.. And we have here another 2 rommate which are also your senior.. Kak Su n Kak Ila.." kata gadis tersebut lancar berbahasa Inggeris yang memperkenalkan dirinya sebagai senior kami..

          "Ouh, hi.. I'm Rin and this is Syasya.. And how do you know we'll arrive here today?" kataku turut menggunakan bahasa yang sama digunakannya..

          "Hai Rin, Syasya.. Actually,, warden kita Miss Leon dah inform kat kami bertiga yang ada freshie akan masuk.. Thats why we all dah ready awal2.. Kitorang dah siap masak untuk korang pun.. Jom la makan.. You all mesti penat kan..?" kata lagi seorang kawan nye iaitu Kak Ila.. Aku dan Syasya mula rasa diterima di sini..

*********************************************************************************

          Malamnye,, aku dan Syasya hanya berehat di bilik.. Selesai mengemas,, aku berbaing di atas tilam empuk yang disediakan.. Sya tidur di bilik sebelah.. Rupanya,, rumah ini mempunyai 6 buah bilik kesemuanya.. Lagi satu bilik dijadikan bilik solat sebab terlalu banyak biliknya.. Aku kini sedang memikirkan Am di sana.. Ya,, hanya dia di fikiran aku.. Aku rindukan dia. Masa seminggu bersamanya terasa singkat.. Jiwaku kacau.. Teringat kembali perbualan aku dan dia sehari sebelum aku fly ke sini..

          "Assalamualaikum"ujarnya memberi salam..

          "Waalaikumsalam.. Am,, Rin ni.. Rin ada something nak bagi tau Am.. Rin harap Am terima keputusan Rin. And,, before I tell you benda ni,, Rin harap Am akan maafkan Rin.." ujarku bernada sebak. Namun ku kuatkan hati untuk berbicara dengannya..

          "Rin nak bagitau ape?? Am akan dengar.. I hope it won't break my heart"

          "Actually,, Rin nak mintak putus.. It's not that I don't love you.. But,, I need to focus on my study.. I hope you understand my...

          "No Rin!! You can't make me like this.. I love you and I'm not hoping that our relation will just stop here.. I'm expecting more from you Rin.. This things cannot end just like this.. Ape yang Am dah buat sampai Rin sanggup mintak clash??"Am memotong kataku sebelum sempat ku habiskan ayatku..

          "I've said.. It's all because I need to focus on my study.. Yes!! I love you and I need you in my life.. But,, I also know that,, I can't focus on my study if this relation keeps continuing.. Loves need sacrifice.. And I'm ready to sacrifice.. Kalau ada jodoh kita akan jumpa lagi Am.. Pasti.. Kalau dah jodoh kita,, takkan kemana.."

          "Rin ready to sacrifice but not Am.. Why did you do this to me? Did I mean nothing to you?? Fine!! If you want to break up.. Our relation is over.. Selamat tinggal Rin.. Semoga Rin berjaya dalam study.. Am akan selalu doakan Rin.. Assalamualaikum.." Dia memutuskan talian.. Berderai air mataku.. Aku amat menyayanginya,, tapi aku terpaksa..

          Tanpa kusedari,, setitis dua air mataku jatuh jua.. Aku tekad,, aku harus lupakan dia.. Aku akan focus dan akanku buang dia dari ingatanku..

SELAMAT TINGGAL AZAM MICAEL!!

           Hari-hari yang mendatang masih menungguku.. Aku harus berjuang demi kejayaan.. Itu janjiku..

**TAMAT**

P/S sorry kalau x memuaskan hati.. just for fun..

Saturday, October 2, 2010

Pertemuan Aku Dan Dia (Bab 6)

BAB 6

          Semalam lepas balik dari jumpa Am,, aku terus tido.. Tak sempat nak fikir jawapan yang nak diberi kat  Am.. Agaknya ape yang Am fikir bila dah tau jawapan aku.. Esok aku nak kena jumpa Am.. OMG!! Kenapalah aku pergi janji dengan dia awal sangat??

*************************************************************************************

          "Am,, awak tau kan kenapa kita jumpa kat sini?" satu soalan bodoh ku tanya kepada Am..

          "Saya tau.. So,, apa jawapan awak??"

          "Saya rasa.. err,, okey kot.."

          "Apa yang okey Rin?? Selama ni awak tak okey ke??"tanya Am pelik

          "Saya setuju jadi ... awak.. Actually,, saya pun suka awak.."

          "Hehe.. Dah agak dah.. Mesti awak setuju punya.." katanya dengan nada bangga

          "Ikut awak la.. Ada saya kisah?? uueekk!!"

          "Tengok tu,, cepat nye tarik muka.. Tak baik tau marah bakal suami.."ujarnye lagi membuatkan ku bengang di tambah lagi dengan senyuman nakalnya itu.. Rasa macam nak ketuk2 je dengan hammer Pak Mat,, tukang buat rumah tuh..

          "Sape yang nak kawen dengan awak.. hmmmh.. Tapikan,, saya lupa la pulak nak bagitau awak.. Minggu depan,, saya nak ke London.. Saya sambung belajar.." ujarku dalam nada serba salah kerana tidak memberitahunya terlebih dahulu.. Tapi,, bila fikir balik buat ape aku bagi tau kat die??

          "Wut?? Maknenye awak akan ke sana dalam beberapa tahun?? Thats mean,, kita akan terpisah lama.. Sebab saya pun akan ke Amsterdam.. So,, macam mana ni?? Saya taknak kehilangan awak.."

          "Am.. Kita kena sama2 berkorban demi pelajaran.. Kita tak boleh korbankan masa depan kita dengan cinta yang belum tentu ke mana ni.. Kalau awak takdir saya n saya takdir awak,, kita akan jumpa lagi selepas habis belajar,,"

          "Ye lah.. Saya tak tau nak cakap apa dah.. Tapi,, demi masa depan,, saya akan sambung pelajaran.. Harap-harap nya kita akan jumpa lagi lepas ni.. Flight saya pun minggu depan.. Minggu ni apa kata kita habiskan masa sama2?? Saya taknak rindu awak nanti.. Hahaha"

**********************************************************************************

Ceritera1 SYANARY

Di suatu pagi yang indah...

"Mummy, bangun! Cakap nak pergi shopping! Nak beli baju untuk pergi Paris. Syasya dah tak sabar dah ni."

"Ok. Mummy bangun. Eh, awalnya siap. Baru pukul 8 pagi. Mane ada shopping mall yang dah buka."jawab Datin Mary sambil melihat jam pada dinding.

"Alaa... Tak pe lah pergi awal-awal. Ada cikgu English Syasya cakap, 'the early bird catches the worm', sebab tu lah kena pergi awal-awal. Lagipun hari ni kan ada mega sale."

"Ok lah. Nanti mummy siap. Kak Nana dah siap ke?" tanya Datin Mary.

"Dah. Kak Nana tengah main dengan Princess kat living room. Syasya turun dulu yer mummy."

************************************************************************
Setelah sejam menunggu Datin Mary bersip, mereka bertolak dari rumah.

"Pak Cik Safar, tolong hantar saa ke ECM. Terima kasih," pinta Datin Mary kepada drivernya.

"ECM? ECM tu apa?" tanya Pak Cik Safar.

"Everything is Cheap Mall! Takdelah. Ke East Coast Mall lah." gurau Datin Mary.

"ohh.. Maaflah Datin. Pak cik ni dah tua. Semakin umur meningkat, semakinlah fikiran pakcik tak ingat.".

"Sebab tu lah kena kahwin seorang lagi untuk ganti yang lama."

Ketawa semua penghuni-penghuni kereta BMW yang dipandu driver itu telah meriuhkan keadaan.




Monday, September 27, 2010

Prologue SYANARY?

Juara untuk Pertandingan Supermodel Berduet of the Year jatuh kepada Syahira Syazana dan adiknya, Syafiqa Syazana! Mereka telah memenangi wang berjumlah RM700 tunai setiap seorang, trofi serta pelancongan 3 hari 2 malam di Paris. Mereka juga berpeluang untuk mengadakan sesi photo shoot bersama model pilihan mereka.

"Hooray! Syasya, kita menang lagi!" jerit Nana kegirangan.
"Yey yey, kita pergi Paris!"
"Ajak mummy sekali nak tak?"
"Ok. Baru seronok bila ada mummy sekali,"
"Of course. Nanti kita boleh pergi shopping!"

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 5)

BAB 5

          Hari ini,, tiba-tiba ada call daripada Guard yang 24 jam mengawal kondo kami.. Dia call sebab nak inform yang kami dapat surat.. Aku dan Sasya bergegas menaiki lif ke tingkat bawah untuk mengambil surat yang dikatakan penting oleh Guard kami.. Manalah tau kan,, entah2 surat daripada nenek kat kampung sebab bagitau atuk sakit ke.. Tapi,, setau aku,, atuk n nenek aku dah meninggal.. Nak kata atuk or nenek Sasya yang hantar surat,, tak logik la pulak sebab takkan atuk or nenek dia nak pos surat kat aku sekali..

          Sesampainya kami di tingkat bawah,, Guard tu terus bagi kat kami surat yang kami dapat.. Kemudiannye,, kami naik semula ke tingkat atas.. Dalam lif,, kami terus bukak envelope yang kami dapat.. Aku terus terjerit apabila membaca isi kandungan envelope itu.. Sasya turut mengikut jejak langkahku..Bergegar lif itu dek kerana paduan suara kami yang nyaring.. Kalah pontianak....

          "Sya!! Aku dapat tawaran pi London.. Ambik medic kat sana.." kataku setelah kami masuk ke dalam perut kondo kami..

          "Eh,, yeke Rin?? Aku pun dapat pergi London gak.."

          "Tak sangka kan Rin,, kita still dapat study sesame.. So,, kau nak accept tak tawaran tu??" sambung Sasya lagi..

          "Haah,, aku tengah excited giler ni.. Tapi,, a....a..aku tak tau la nak accept ke tak tawaran tu.." kataku bercampur malu untuk menerangkan hal yang sebenar.. Sebenarnya,, aku tak tau nak accept or tak bukan sebab ape,, aku taknak berjauhan dari Am je.. hehehe

          "Wei,, apesal pulak tak tau nak accept ke tak?? Accept je la.. Boleh kita study sesame.. Cube kau gitau aku sebab ape kau  tak tau nak accept ke tak?? Ni mesti ade something kan?? Baik kau jangan rahsiakan dari aku.. Kalau tak,, aku report kat Am yang kau taknak sambung belajar sebab nak ikut die.."ugut Sasya

          'Oit,, mane pulak minah ni tau??'

          'Kalau la kau tau Sya,, apa yang kau fikir tu betul,, mesti kau gelakkan aku.. Aku sendiri pun tak tau Sya,, camane aku boleh terminat giler2 kat Am tu.. Sampai dalam mimpi pun Am juga yang muncul.. Aku buntu Sya!!' desis hatiku lagi

          "Weh,, sedapnya kau layan blues ek?? Aku yang tengah membebel ni kau buat tak tau je.. Dahlah,, daripada aku layan kau Rin.. baik aku call Rizwan.. laaaaaagiiii bagoih.."marah Sasya padaku

*********************************************************************************

Keesokan pagi..

          "Helo,, Rin ke ni.. Saya Am.. Rin.. awak free tak malam ni?? Saya nak ajak awak keluar jap.. Berdua je.. Ade something important saya nak bagitau kat awak.."ucap Am memulakan bicara..

          "Owh Am.. Free kot.. Tapi nak keluar pergi mane?? Nape takleh ajak Sasya sekali?"soalku panjang

          "Saya jemput awak kat rumah nanti.. Kita pergi Taman Tasik.. Saya nak privacy sikit sebab ade hal yang saya nak awak sorang je tau.."

          "Owh.. Ye lah.. Jumpa nanti.. Pukul 8.30 okey??"

          "Boleh la.. Tunggu saya kat luar ye.. K bye.. Assalamualaikum.."ujarnya memberi kata putus sambil mengakhiri perbualan kami..

          "Waalaikumsalam.."

*********************************************************************************

Di Taman Tasik Titiwangsa..

          Kami berdua pergi dinner dulu selepas Am menjemputku di rumah dengan kereta Vios nya..

          "Rin,, saya sebenarnya nak bagi tau sesuatu kat awak"

          "Ape dia? Macam serious je.."

          "Sebenarnya dah lama saya suka kat awak.. Cuma,, saya tak berani nak bagi tau.. Tapi,, since saya dapat tawaran belajar ke Amsterdam,, saya tekad nak bagi tau awak.. Saya taknak awak lepas ke tangan orang lain.."ucap Am lancar selamba.. Namun, masih terpancar keikhlasannya.. Aku terpempan.. Luahannya menandakan aku tak bertepuk sebelah tangan.. Tapi, aku masih tak mampu memberi keputusan..

          "S.. sa.. saya perlukan masa Am.. Boleh tak awak bagi saya 2 hari je untuk saya fikir?? Saya buntu.." luahku bertentangan dengan kata hati.. Hatiku beria-ria megatakan aku juga suka padanya,, tapi entah mengapa mulutku berbicara lain..

          "Ambillah seberapa banyak masa yang awak nak Rin.. Saya setia menunggu dan akan terus menunggu sampai saya dapat jawapan yang pasti.."

          "Am,, terima kasih sebab faham saya.. Tapi tadi awak ada cakap yang awak nak ke Amsterdam kan?? Awak ambik kos ape?"ujarku untuk mengendurkan suasana dan menjadikannya lebih selesa..

          "Secret.."ucapnya sepatah

*********************************************************************************

Saturday, September 25, 2010

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 4)

BAB 4

          Aku dah rasa macam tak betol bila tau Am dengan Azam Micael ialah orang yang sama.. Satu badan, satu jiwa, satu hati, satu muka n semualah benda yang 1.. Takde 2 pun..

          Hari ni,, aku,Am, Sasya dan Rizwan keluar sama-sama untuk raikan kejayaan kami.. Mummy ngan daddy aku dah tau kitorang keluar.. Mama ngan papa Sasya pun dah tau.. Diorang just pesan.. jage diri,, jangan terlebih galak n so on.. Sampai telingaku berasap pun,, pesanan penaja diorang tak habis lagi..

          Kami berempat celebrate kejayaan dengan menapak ke pusat beli-belah terkenal di ibu kota untuk hilangkan stress.. Berjalan, main bowling, makan n macam2 lagi kami buat sama-sama.. Sasya ku lihat semakin kamceng dengan Rizwan.. Siap gelak2 lagi tuh.. Aku ngan Am pulak tak tau la nak cakap.. Actually,, aku berdebar giler bila Am ada kat sebelah.. Rase cam nak tercabut je jantung.. Tapi aku cepat2 beristighfar ingat Allah.. Ntah perasaan apa yang menyelinap masuk dalam hati aku ni.. Mungkin sebab hati aku takde penapis,, tu yang ade rase pelik je tuh..

          "Awak nak ambik kos ape nanti" tanya Am memecahkan lamunanku yang sememangnya dah sampai ke Paris.. Otw nak masuk rumah Paris Hilton dah pun.. hahahaha..

          "Kos ape ye?? Saye rase nak ambik kos mencuri la.. Nak curi hati orang.. hahaha"kataku bercampur ketawa.. Sebenarnya aku tidak sengaja terluahkan kata2 dari hatiku.. Dia turut ketawa.. Macho bunyinya.. SUDDAH!! Aku dah jadi minah jiwang dah..

          "Awak nak ambik kos mencuri?? Buat ape nak curi hati orang??"katanya

          "Awak dah pun berjaya curi hati saya,, takyah study pun takpe.." sambungnya lagi,, tapi perlahan saja kata-kata itu menampar cuping telinga ku.. Sepertinya,, dia tidak mahu ku dengar ape yang diluahkan sebentar tadi.. Lalu,, aku hanya membiarkan perkataan itu berlalu pergi dari telingaku..

          "Saya memain je la.. Buat ape saya nak curi hati orang,, macam takde keje je.. Lagipun,, saya sendiri dah ada hati,, walaupun tinggal separuh je hati saya tuh.." kataku untuk melihat reaksinya..

           "Haaaaa?? Mane lagi sebelah hati awak??" dia kelihatan tidak keruan..

'Adakah aku tidak bertepuk sebelah tangan??' hatiku berdetik

          "Hati saya yang sebelah lagi dah ada orang curi"Dia terus terdiam tanpa kata..
Aku pula dengan selambanya menarik lengan bajunya untuk menghampiri Rizwan dan Sasya yang telah meninggalkan kami yang jauh ke belakang.. Aku tarik lengan baju sebab dia bukan muhrim.. hehe

*********************************************************************************

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 3)

BAB 3

Hari ni hari aku ambik result exam SPM.. Mummy dengan daddy ambik aku n Sasya untuk ambik result SPM..  Kitorang malas drive sendiri.. Sasya naik dengan aku sebab mama dengan papa dia ada hal kat luar negara..
Sesampainya aku dengan Sasya kat sekolah,, kami terus mengambil slip peperiksaan di dalam dewan.. Mummy ngan daddy datang ambik aku kemudian sebab katanye nak bagi aku enjoy dengan kawan-kawan.. Kami masuk dewan dengan berdebar-debar.. Setelah slip kami ambil,, kami terlompat kegirangan.. Aku dan Sasya lulus exam dengan jayanya.. Straight A's 1 beb.. Mane tak hepy..

          Kami masih di dalam dewan untuk mendengar pengumuman tokoh SPM terbaik..

          "Tokoh SPM terbaik pada tahun ini jatuh kepada dua orang putera dan dua orang puteri kita.." ucap pengetua.. Entah kenapa,, aku berasa berdebar tiba-tiba..

          "Tokoh SPM yang pertama jatuh kepada Azam Micael diikuti Naqib Rizwan.."sambung pengetua lagi.. Nama Naqib Rizwan sememangnya ku kenali kerana dia rakan sekelasku yang digilai oleh Sasya,, tapi,, siapa pulak Azam Micael?? Sasya di sebelah ku lihat senyum memanjang.. Dalam menunganku,, aku dapat menangkap sebutir-sebutir apa yang pengetua ucapkan seterusnya..

          "Tokoh SPM kita yang diwakili dua orang puteri pula ialah Farina Aiina dan Sasya Natasha"ucap pengetua dengan bangga nya.. Aku yang sedari tadi termenung kini ternganga.. Segera aku dan Sasya mendaki pentas untuk bergambar dan mengambil hadiah beserta sijil.. Tidak diduga,, Sasya tersadung wayar mikrofon lalu hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Rizwan..

          Maka bermula lah aksi menatap mata di atas pentas tersebut.. Sasya yang tersedar terus bangun dari pangkuan Rizwan dan berjalan dengan muka yang merah ke arah pengetua untuk mengambil hadiah selepas giliranku.. Kami dipakaikan selendang bertulis Kau Puteriku manakala Rizwan ku lihat memakai tengkolok bertulis Kau Puteraku.. Sudah pasti Azam Micael turut memakai sebegitu,, fikirku..

          Sebelum kami bergambar,, Sasya masih sempat mengucapkan terima kasih kepada Rizwan..

          Snap! snap! snap!

          Gambar kami diambil sebagai tanda kenangan.. Dalam pada itu,, aku belum melihat lagi bagaimanakah orangnya Azam Micael kerana semasa bergambar,, aku di sebelah Rizwan,, manakala Sasya diapit kiri dan kanan oleh Rizwan dan Azam Micael..

          Kemudian,, aku ke luar dewan untuk berjumpa teman-teman.. Manakala Sasya dipanggil oleh Rizwan.. Kata Rizwan,, ade sesuatu yang hendak dibicarakan.. Azam Micael pulak entah ke mana lesapnya!..

          Dalam pada aku berjalan ke luar,, seseorang menyapaku.. Suaranya amat ku kenali..

          "Hai princessku" ucap Am selamba

          "Hai,.......................A....Am.."ucapku gugup.. Bukan kerana panggilannya yang meremangkan bulu romaku tetapi kerana terkejut dengan kehadirannya..

          "Awak buat ape kat sini?" sambungku lagi

          "Aiks,, salah ke?? I'm ur prince Rin.."aku tak paham dengan ucapannya.. Tetiba muncullah Si Rizwan dengan Sasya..

          "Hai Am a.k.a Azam Micael!!.. Dah dapat tackle kawan kiteorang?? hahahahah" serentak mereka berkata.. Aku yang terpinga-pinga mula merasakan bahawa aku telah mendapatkan jawapan yang pasti.. Am ialah Azam Micael!! Tapi nape selame ni aku langsung tak perasan kan kehadirannya??

*********************************************************************************

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 2)

Di dalam bilikku..

          Aku yang sedang kecoh mencari telefon bimbitku,, terkejut dengan kehadiran Sasya yang tiba-tiba merempuh bilikku..

          "Wei! Yang kau bising2 ni nape?? Sampai ke bilik aku dengar.." Sasya bersuara

          "Handphone aku hilang Sya!! Ntah kat mane aku letak!!"kataku gelabah.. Mana taknye,, semua nombor-nombor pelanggan penting butik ada kat dalam tuh.. Bila-bila masa je diorang akan call aku untuk ambik baju diorang.. Mati la aku ngan Puan Hani,, pemilik butik kiteorang..

          "Rin, Rin.. Tu la kau.. Sape suruh letak merata.. Habis tu,, camne mamat hensem tadi tu nak kol kau?? Nombor kau dah bagi.." kata Sasya,, mengarut..

          "Aku tengah cari handphone,, boleh pulak kau risaukan mamat tadi tu.. Dahla tadi aku terlepas cakap,, siap melalut lagi kat dia.. Malu tau tak?? Sekarang phone plak hilang.. Ape ke malang sangat nasib aku hari ni.. Bala bertimpa-timpa.." balasku panjang

          "Habis tu,, kau tak try kol fon kau ke??" cadangnya

          "Aku dah kol,, masalahnye asyik masuk voicemail aje.. Dah naik muak dah aku dengar suara operator tu.. Aku rase fon aku takde bateri,, tu yang terpakse aku dengar minah omputih tu melalut.."

          "Ape la cerdik sangat kau ni.. Tak reti2 nak caj fon"

          "Eh, jangan r marah aku.. Dahlah aku tengah takut ni.. Nanti Puan Hani marah aku.."

          "Yela2.. Kau tido dulu.. Esok kite gi kerja.. Pastu kita bagitau Puan Hani.. Sekarang ni kau tido lu.. Rehat banyak2.."nasihatnya

*********************************************************************************

          Semasa aku dan Sasya dalam perjalanan ke pejabat,, aku terjumpa mamat semalam.. Dia memanggilku..
      
          "Rin,, saya terjumpa handphone awak terjatuh semalam.. Saya nak mintak maaf pasal semalam.. Saya tak sengaja langgar awak.. Btw, nama saya Am.." dia memohon maaf sambil memperkenalkan dirinya..
Aku yang terlalu gembira kerana mendapat handphone ku kembali terus mencapai tangannya lalu berterima kasih berkali-kali.. Setelah ku sedari yang tindakan ku agak melampau terus melepaskan tangannya..

          "Ops,, sorry.. Terima kasih sekali lagi sebab pulangkan balik fon saye.. Saya pun nak mintak maaf sebab terlepas cakap semalam.." balasku membuatnya tertawa.. Sasya turut tertawa

          "Tu la kau,, kan dah terkantoi.. Padan muka!!" bisik Sasya di telingaku

          "Hahahahahaha.. Takpe.. At least,, banyak saye dapat tau pasal awak.. Siap dengan alamat lagi" katanya bersama sisa ketawa

          Sejurus selepas itu, aku dan Sasya terus meminta diri untuk ke tempat kerja..

*********************************************************************************

          Malam itu,, aku tak dapat tidur.. Aku rasa angau semacam.. Aku rindu sangat dekat Am.. Angau nye la.. Selain daripada memikirkan Am,, aku turut risaukan result aku yang seminggu lagi bakal keluar.. Ntah berapa la aku dapat ye..

          At last,, aku tertidur dengan mimpi dan angan-anganku dan kerisauanku..

*********************************************************************************

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 1)

BAB 1

          Petang itu,, aku berasa amat lah boring.. Tiba2 idea untuk bersiar-siar muncul di benakku.. Biarpun tanpa Sasya bersama.. Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan bagi menenangkan fikiran di sebuah taman.. Sebelum keluar, Sasya ku telefon untuk memaklumkan bahawa aku keluar sebentar agar dia tidak tercari-cari aku sesampainya di rumah nanti.. Sasya merupakan temanku ketika di sekolah menengah lagi.. Sehingga,, sekarang, aku dan Sasya masih berkawan baik dan kami sama2 bekerja sambilan sambil menunggu keputusan SPM yang bakal dikeluarkan dengan penuh debaran.. Kini,, kami tinggal bersama di sebuah kondominium yang dibeli oleh mama dan papanya tahun lepas.. Ini kerana kondo tempat kami menetap,, terletak berdekatan dengan tempat kerja kami iaitu di sebuah butik terkenal di Kuala Lumpur..

*********************************************************************************
         
          Hari ini,, aku dan Sasya ke tempat kerja kami dengan berjalan kaki kerana kereta kami sedang di servis.. Kami berjalan sambil berbual..

          "Rin,, kalau kau nak pakwe,, kau nak pakwe yang camne?" tanya Sasya kepadaku

          "Aku?? Kalau nak pakwe aku nak yang suka makan budu gak,, cam aku.." jawabku selamba

          "Haaa?? Habis tu kalau dia suka makan belacan kau taknak la??" tanyanya pelik dengan pilihanku
         
          "Haah,, memang aku taknak pun"

          "Maknenye,, walaupun mamat uh hensem,, tough,, kaye,, n so on,, kau sanggup tolak dia hanya sebab
dia suka makan belacan?? Gila la kau.."

          "Depends.. Kalau dia sanggup tukar selera dia daripada belacan ke budu,, aku akan terima dia.. Hahahaha"

          "Kau ni kan minah!! Suka sangat memain.. Aku cakap betol2 la.. Jangan la memain!!" kata Sasya yang tak puas hati langsung dengan jawapan ku

          "Yela sayang oii.. Aku nak yang suka makan budu jugak.. Baru senang keje aku,, Aku mane reti buat belacan,, nanti x pasal2 belacan aku tu tukar jadi cencaluk"

          "Hish.. Cakap ngan kau ni boleh buat aku sewel tau tak??"

          "Ikut kau la Sya,, ni kita dah sampai.. Jom r buat keje.. Kang x pasal2 aku pun ikut kau jadi sewel.." kataku untuk mengakhiri perbualan kami..

*********************************************************************************
          Hari ini,, aku amat letih.. Dan sangat2 mengantuk.. Tepat jam 5 petang,, aku mengajak Sasya untuk pulang.. Sedang kami  berjalan,, tiba-tiba ada seorang makhluk Allah terlanggar aku.. Tak semena-mena barang ku terjatuh.. Aku yang sememangnya terlalu penat untuk bersuara apatah lagi memarahi makhluk Allah itu terus mengutip barang2 ku yang berterabur dibantu oleh Sasya dan berdiri untuk pulang..

           Tiba-tiba makhluk Allah itu menegurku..
     
          "Sorry ye.. Saya tak sengaja.." dia memulakan bicara

          "Hrmm.." Jawabku lalu ingin terus berlalu.. Dari suaranya aku tahu yang dia seorang lelaki..

'Machonye suare'kataku di dalam hati..Tapi, aku tak berdaya memandangnye..
Sasya di sebelah hanya membatu..

          "Eh,tunggu" katanya menghentikan menunganku

          "Nama awak sape??" sambungnya lagi

'Ni lah taktik nak mengorat zaman sekarang' tutur hatiku

          Sambil melihatnya,, aku berkata..

          "Nama saya Rin,, no telefon saya 0199565404,, ape lagi awak nak tau??" lancar ku berkata

          "Rumah saya kat sana(sambil menunjukkan ke arah kondo kami),, tingkat 10.. Ni kawan saya,, nama dia Sasya, rasenye dah takde pape kan yang awak nak tau.. K lah.. Assalamualaikum" sambungku lancar tanpa memberinya ruang berkata-kata.. Aku terus bla bersama Sasya yang terlopong memandangku.. Si dia juga ku lihat seperti orang yang terkena renjatan elektrik,, namun ku tak pedulikan semua itu.. Terus ku berlalu pergi..

*********************************************************************************

Let us feel the calmness..

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!