Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 25, 2010

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 4)

BAB 4

          Aku dah rasa macam tak betol bila tau Am dengan Azam Micael ialah orang yang sama.. Satu badan, satu jiwa, satu hati, satu muka n semualah benda yang 1.. Takde 2 pun..

          Hari ni,, aku,Am, Sasya dan Rizwan keluar sama-sama untuk raikan kejayaan kami.. Mummy ngan daddy aku dah tau kitorang keluar.. Mama ngan papa Sasya pun dah tau.. Diorang just pesan.. jage diri,, jangan terlebih galak n so on.. Sampai telingaku berasap pun,, pesanan penaja diorang tak habis lagi..

          Kami berempat celebrate kejayaan dengan menapak ke pusat beli-belah terkenal di ibu kota untuk hilangkan stress.. Berjalan, main bowling, makan n macam2 lagi kami buat sama-sama.. Sasya ku lihat semakin kamceng dengan Rizwan.. Siap gelak2 lagi tuh.. Aku ngan Am pulak tak tau la nak cakap.. Actually,, aku berdebar giler bila Am ada kat sebelah.. Rase cam nak tercabut je jantung.. Tapi aku cepat2 beristighfar ingat Allah.. Ntah perasaan apa yang menyelinap masuk dalam hati aku ni.. Mungkin sebab hati aku takde penapis,, tu yang ade rase pelik je tuh..

          "Awak nak ambik kos ape nanti" tanya Am memecahkan lamunanku yang sememangnya dah sampai ke Paris.. Otw nak masuk rumah Paris Hilton dah pun.. hahahaha..

          "Kos ape ye?? Saye rase nak ambik kos mencuri la.. Nak curi hati orang.. hahaha"kataku bercampur ketawa.. Sebenarnya aku tidak sengaja terluahkan kata2 dari hatiku.. Dia turut ketawa.. Macho bunyinya.. SUDDAH!! Aku dah jadi minah jiwang dah..

          "Awak nak ambik kos mencuri?? Buat ape nak curi hati orang??"katanya

          "Awak dah pun berjaya curi hati saya,, takyah study pun takpe.." sambungnya lagi,, tapi perlahan saja kata-kata itu menampar cuping telinga ku.. Sepertinya,, dia tidak mahu ku dengar ape yang diluahkan sebentar tadi.. Lalu,, aku hanya membiarkan perkataan itu berlalu pergi dari telingaku..

          "Saya memain je la.. Buat ape saya nak curi hati orang,, macam takde keje je.. Lagipun,, saya sendiri dah ada hati,, walaupun tinggal separuh je hati saya tuh.." kataku untuk melihat reaksinya..

           "Haaaaa?? Mane lagi sebelah hati awak??" dia kelihatan tidak keruan..

'Adakah aku tidak bertepuk sebelah tangan??' hatiku berdetik

          "Hati saya yang sebelah lagi dah ada orang curi"Dia terus terdiam tanpa kata..
Aku pula dengan selambanya menarik lengan bajunya untuk menghampiri Rizwan dan Sasya yang telah meninggalkan kami yang jauh ke belakang.. Aku tarik lengan baju sebab dia bukan muhrim.. hehe

*********************************************************************************

1 comment:

aku dan dia said...

wut do u think about this 1??

Post a Comment

Let us feel the calmness..

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!