Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 5, 2010

Kau Hadir Tikaku Duka

Gadis itu sedang bersedih..
Hatinya amat walang dengan kejadian tadi..
Dia bingung.. Dia bengang..
Dia menanggung kesedihan apabila mengimbas kembali kejadian di rumahnya..
Sungguh gadis itu tak menyangka,, secepat itu 'dia' pergi..
Ratapan gadis itu kian lantang kedengaran..
Tanpa disedari dia diperhatikan..

"Kau ni kenapa? Emo semacam je? Takde keje lain ke selain dari menangis macam orang hilang suami?" tegur seorang pemuda yang kebengangan apabila terdengar esak tangis seseorang yang membuatkan kosentrasinya hilang.. Pada asalnya dia ke taman itu untuk mencari ketenangan menulis not-not lagu yang dirasakannya sesuai bagi pertandingan nyanyian yang akan disertainya.. Rizzal Khalis mencerlungkan matanya melihat manusia yang menangis tadi.. Seakan mahu ditelannya si gadis itu.. Dia semakin geram apabila pertanyaannya tidak berjawab..
'Apa kes minah ni? Bisu ke ape? Tadi menangis boleh pulak!'bentak hatinya kegeraman..

"Hoi perempuan! Kau ape kes hah?? Tak reti nak jawab soalan aku ke?? Aku tanya.. Yang kau menangis ni kenapa?"

"Kau ape kesah? Lantak aku lah nak menangis ke,, nak ketawa ke,, terpekik terlolong ke!! Kau sibuk ape hal?? Aku tak kacau kau pun kan?" bentak Nedya Sofea bengang.. Dahlah dia tengah sedih-sedih ni,, dipanggilnya pulak perempuan.. Lagi bertambahlah marah dia.

"Banyak cantik muka kau! Tak kacau kau cakap? Aku tengah nak kosentrate cari not lagu,, boleh pulak kau melolong kat sini! Nak menangis balik rumah r beb!" Rizzal yang sememangnya pantang ada yang melawan menghamburkan marahnya kepada Nedya

"Sorry la bro.. Aku tak berniat nak kacau kau... Sebenarnya,, kucing aku baru je mati kena langgar.. Thats why aku sedih gile.. Kalau aku kacau kau,, takpelah.. Aku bla dulu.." muka garang Nedya juga bertukar kepada muka mintak simpati.. Cuak juga dia kalau-kalau lelaki yang memarahinya itu menengking habis-habisan.

Rizzal yang tengah panas tu tiba-tiba je rasa macam nak gelak.. Dalam hati dah berbakul gelak kat perempuan di hadapannya itu.. 'Ada ke patut dia nangis macam orang hilang anak.. Padahal anak kucing dia je yang mati! gila ke hape perempuan nih'detis hatinya

***

Nedya yang telah sampai di rumahnya terus masuk ke bilik yang dia diami.. Kejadian pagi tadi terimbas kembali di kotak memorinya.. Kejadian itulah yang membawanya ke taman permainan di mana dia dimarahi oleh seorang lelaki yang amatlah poyo..

“Mama.. Did you see Fifi?” tanya Nedya setelah dia bangun dari tidurnya

“Tadi dia main kat luar tu aje.. Pergi la tengok..”

“Okey.. Thanks mama.. Nedya cari Fifi dulu ye”

“Eh, Nedya Nedya.. Kalau ye pun kamu nak main dengan si Fifi tu,, take your bath first sayang.. Fifi pun tak lalu nak main dengan kamu yang busuk nih.. Nama je anak dara,, tapi tak jaga penampilan langsung..” kata Puan Ziora sambil bergurau dengan anaknya yang seorang itu.

“Alaaaa..” hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulut Nedya walaupun dia tahu dia terpaksa menurut kata mamanya itu juga. Nedya bergegas ke tingkat atas rumahnya untuk mandi.

Setelah selesai mandi, Nedya terus melulu ke luar rumah untuk bermain dengan kucing kesayangannya, Fifi.. Setibanya Nedya di luar rumah, dia ternampak Fifi meluru ke luar kawasan rumahnya dan BAMM!! Tanpa sempat berkata apa-apa,, Nedya ternampak Fifi berlumuran darah.. Matanya terkeluar dan lebih mengerikan,, kepalanya pecah.. Nedya terus menjerit dan berlari ke arah Fifi atau lebih tepat jasad Fifi..

“Fifi!!!”…

Nedya tersentak dari lamunannya. Dia baru tersedar yang dia masih belum menunaikan solat asar. Dia segera ke kamar mandi untuk mengambil wudhu’ dan bersolat..

***
Rizzal sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya apabila menyedari hari sudah hampir senja.. Dia tidak dapat menyiapkan not-not lagu yang dimahukan untuk persembahannya nanti kerana tiada lagu yang terlintas di fikirannya..

Rizzal tergelak sambil berjalan apabila mengingat kembali peristiwa petang tadi di mana seorang gadis yang meratapi kematian kucingnya.. ‘Tapi,, nape aku rasa lain macam bila nampak perempuan tadi hah? Selama ni aku berkepit dengan Lia, Qis dan macam-macam jenis perempuan lagilah,, takde pulak rasa camni’ monolog Rizzal di dalam hatinya

Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan Rizzal untuk terus mengelamun.. Kedengaran suara seorang gadis 20an yang menggedik di corong telefon.
“Hye Rizz.. You kat mana ni? Tadi kata nak jumpa I dekat tempat biasa.”Qis memulakan perbualan dengan suara pura-pura merajuk plus mintak penumbuk.. Qis ialah salah seorang kawan perempuan Rizzal yang berangan bahawa Rizzal akan menjadi miliknya suatu hari nanti.

“Sorry la Qis. I can’t make it.. I need to finish up the songs for our college open competition” Rizzal membalas tanpa sedikit pun rasa bersalah. Yang sebenarnya Rizzal sendiri sangat tidak menyukai perangai Qis yang mampu menyebabkan sesiapa sahaja termuntah darah..

“What?? Sorry you kata! I’ve wait for you all day long and you just say sorry without any sense of guilty? What the …” Belum habis Qis menghamburkan marahnya,, Rizzal terlebih dahulu mematikan talian.. Tak kuasa dia hendak mendengar suara perempuan sebegitu..

***
Hari ini, Nedya ke kolejnya seperti biasa. Hasrat di hati ingin bertemu Andy. Lelaki yang beraja di hatinya sekian lama. Kini mereka telah disahkan sebagai pasangan couple. Masih terngiang
Ngiang di telinganya tatkala ‘lamaran’ Andy menerjah cuping telinga.

“Ned, kita dah lama berkawan kan? U takde rasa apa-apa ke dekat I?” bicara Andy membuatkan Nedya tersentak. ‘Nape pulak Andy nih’ monolog Nedya sendirian.

“Rasa apa? I rasa biasa je” Nedya menutup gemuruh di dada. Namun, Adny lebih bijak mengesan kecuakan yang terpancar di wajahnya. Yang sebenarnya dia dah lama sukakan Andy.

“Let  me make it clear. I love you so much Nedya Sofea. Will you be my girl?”Terang Andy satu nafas. Nedya terkaku. Tanpa disedari air matanya laju menuruni pipi. Hanya anggukan menghiasi wajahnya yang lencun dengan air mata.

Ketika dia sedang mengelamun, dia terlanggar seorang perempuan. Kelihatan perempuan tersebut sedang berpegangan tangan sambil bermesra dengan seorang lelaki. Mungkin teman lelakinya. Buku di tangan Nedya jatuh berterabur. Begitu juga buku perempuan tadi. Nedya mengutip bukunya lalu berdiri.

Namun, apa yang dilihatnya mampu membuatkannya tersungkur. Tak salah lagi. Andy sedang berpegangan tangan dengan perempuan yang dilanggarnya tadi. Andy terkaku. Nedya terkelu.
Dalam keadaan yang tidak dijangka itu, perempuan yang telah Nedya langgar tadi bersuara.

“Weh, tolong angkat buku I sekali boleh? You hit me, so you deserve it” kata perempuan tersebut sinis sekali. Andy hanya melihat dan melemparkan pandangan kearah Nedya seolah-olah memberitahu Nedya ‘you-ambik-je-la-buku-tu nanti-I-explain’

“Sorry miss. My time is too valuable to waste it for you.” Selepas menghamburkan kata-kata itu, Nedya terus bla dari tempat tersebut. Dia tak sanggup lagi berada di situ. Di hadapan Andy yang disangka setia tapi ternyata buaya yang licik dan suka berpura-pura. Syasya yang jelas sedang menahan amarah turut tidak dipedulikan.

Air mata sekali lagi laju menuruni pipinya. Tanpa sedar, dia menangis teresak-esak. Dalam pada dia menangis, ada sepasang mata sedang memerhatikan wajahnya.

***
“What’s up bro!” tegur Zakuan ketika melihat figura teman baiknya di hadapan mata. Dia dan Rizzal sememangnya rakan karib sejak di sekolah menengah lagi. Status keluarga mereka juga menyebabkan mereka baik sehingga kini. Tambahan lagi, keluarga keduanya menjalinkan persahabatan dalam perniagaan yang melibatkan perkapalan.

“Kat atas aku ada ceiling. Tak nampak ke?” kata Rizzal dalam nada bergurau. Dia sangat senang bersahabat dengan Zakuan yang suka merendah diri walaupun keluarganya kaya raya. Rizzal pula sangat terkenal dengan perangai playboy nya di kolej tersebut. Namun begitu, walaupun ramai yang mengetahui hakikat yang satu itu, perempuan-perempuan di kolej tersebut tidak ada yang serik mengejarnya. Mungkin kerana dia seorang yang kacak, tinggi lampai dan ramah ditambah pula dia merupakan pemilik tunggal empayar RK menyebabkannya tidak menang tangan melayan perempuan.

“Ye la. Kat atas kau je ada ceiling. Aku ni berbumbungkan langit je kan” Zakuan berkata dalam nada merajuk

“Woi! Ape ni merajuk-merajuk? Buruk tau tak!” Terburai tawa keduanya mendengarkan kata Rizzal yang bersahaja.

Rizzal kemudiannya meminta diri untuk ke kuliahnya dan berjanji akan menemui Zakuan di waktu rehat. Rizzal dan Zakuan bukan daripada jurusan yang sama. Rizzal mengambil jurusan business manakala Zakuan dalam jurusan Engineering.

Dalam perjalanan ke kuliah, Rizzal ternampak seorang perempuan teresak-esak di sebuah bangku. Entah kenapa hatinya tergerak untuk ke situ. Walaupun akalnya menegah, tetapi hati akhirnya menguasai

***
Nedya tersedar ada seseorang sedang memerhatikannya. Tersentak dia tatkala menyedari sepasang mata sedang merenungnya tajam dengan jarak yang begitu dekat. Yang membuatkannya lebih terkejut lelaki yang merenunginya itu adalah lelaki yang sama memarahinya ketika di taman permainan sewaktu dia meratapi kematian Fifi.

Dan.. kini.. Lelaki itu sekali lagi berada di hadapan matanya ketika dia sedang menangis.. Pelik tapi benar.. Mengapa dia dipertemukan sekali lagi dengan lelaki itu dalam keadaan dia sedang menangis?? ‘Takde masa lain ke?’getusnya sendirian.. Nedya lekas mengesat air matanya menggunakan hujung baju yang dipakai.. Kalau boleh, dia mahu segera beredar dari situ.. Tapi, bila melihat lelaki itu semakin menghampiri, dia mematikan niatnya..

“Hai.. Haiwan peliharaan mana pulak yang dah pulang ke rahmatullah ni?” sindir Rizzal. Dia tidak bermaksud menyindir begitu.. Tetapi timbul niat di hatinya untuk mengusik Nedya yang sedikit sebanyak sudah bertapak di hatinya.. Namun begitu, dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya.. “Banyak sangat ke air mata awak sampai awak tak berhenti menangis?” Rizzal mengusik lagi.. Kata ganti diri kau yang dibahasakan ketika di taman permainan dulu terus ditukar kepada awak.

“Yang awak nak menyindir-nyindir saya ni kenapa?”

“Sorry la cik adik.. Saya bukannya nak menyindir awak.. Saya tengah bercakap dengan awak dalam nada paling berbudi bahasa ni..”

“Argh! Malas saya layan orang yang tak makan ubat macam awak!!”bentak Nedya lalu bangun sepantas kilat untuk pergi dari situ. Tetapi, dia tersentak apabila lengannya digenggam kemas oleh tangan milik Rizzal.

“Hey, awak tak jawab lagi soalan saya.”kata Rizzal dalam nada perlahan dan memujuk. Nedya terpaku. ‘Benarkah dia yang berkata-kata?? Mengapa lembut sekali nadanya??’

“Takde pape la. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum.” Nedya merentap tangannya daripada pegangan Rizzal. Rizzal terkedu. Nedya terus meninggalkan Rizzal tanpa sempat salamnya berjawab.

Dalam hati Nedya menyumpah seranah dirinya sendiri yang tak dapat mengawal perasaannya. Dia sepatutnya tidak menghamburkan tangisnya di situ. Sebaiknya, tangisnya dihamburkan di rumah, bukan di tempat awam sebegini hinggakan Rizzal bisa melihatnya.AWWW.. MALUNYA!!

***
Keesokan harinya..

Nedya bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Andy. Baginya, Andy hanyalah manusia keparat yang tak berguna. Yang hanya tau berpura-pura mencintai. Sesungguhnya dia hanya lelaki yang tau merobekkan isi hati perempuan.

Petang itu, Nedya dan Andy secara rasminya tiada apa-apa hubungan. Walaupun Andy memujuk dan mengatakan yang Syasya hanyalah temannya, namun hati Nedya telah terluka. Nedya reda.

Ketika Nedya keluar dari tandas dilihatnya Rizzal berada berdekatan. Bagaikan sedar dirinya diperhatikan, Rizzal memalingkan mukanya kea rah Nedya. Seketika kemudian, Rizzal berjalan kea rah Nedya.

“Hai. Saya Rizzal. You can call me Rizz.” Salam perkenalan dihulurkan. Nedya membalas sapaan Rizzal seadanya.

“Saya tau awak ada masalah. Tengok awak menangis semalam pun saya dah tahu. Saya harap awak sabar ya.”kata Rizzal dengan senyuman. “Satu lagi. Saya nak mintak maaf dengan awak sebab masa kita jumpa di taman hari tu, saya tertengking awak. Saya tak berniat. Cuma masa tu, saya tengah stress cari not lagu.”Rizzal bertutur ikhlas.

Mendengar tutur kata Rizzal yang ikhlas, Nedya tersenyum. Manis sekali senyumannya sehingga boleh memikat sesiapa yang melihat. Buat beberapa ketika, matanya bertembung dengan mata Rizzal. Kemudian, dia membuat pamitan dan berlalu pergi.

Rizzal yang masih terpana dengan pandangan Nedya bermonolog sendiri.
‘Ah! Aku dah terkena panahan cinta bidadari dari syurga.’

***
Beberapa minggu kemudian..

Beberapa hari saja lagi, merupakan Pertandingan Nyanyian Terbuka kolej mereka. Anntasya yang merupakan rakan karib Nedya mengajaknya untuk menyaksikan persembahan tersebut. Pada mulanya, Nedya keberatan. Tetapi setelah dipujuk oleh Anntasya, dia akhirnya akur.

Rizzal pula sudah bersedia untuk pertandingan kolej mereka. Not-not lagu telahpun siap ditulis. Dia telah membuat keputusan untuk menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan secara duet oleh Ungu dan Rossa. Dia telah mengupah penyanyi perempuan di belakang tabir agar menyanyikan part lagu yang dibawa oleh Rossa. Sedikit lirik telah diubah olehnya agar bertepatan dengan keadaan dirinya ketika itu. Sememangnya lagu itu membawa maksud  tersendiri buatnya.

***
Hari pertandingan..

Rizzal telah bersedia sepenuhnya. Dia amat yakin dengan dirinya. Gilirannya akan tiba selepas seorang lagi penyanyi. Zakuan turut hadir bagi memberikan semangat kepadanya. Di samping itu, Zakuan turut mengajak teman-teman yang lain bagi memberi sokongan kepada Rizzal.
Mereka kelihatan lebih bersemangat daripada para peserta.

Sementara itu, Anntasya dan Nedya sudah berada di dewan di mana pertandingan itu diadakan lebih awal. Kata Anntasya, nanti ramai yang memenuhi dewan dan ternyata telahannya tadi benar belaka. Peserta ketika itu sudah selesai menyanyi. Kini seluruh dewan gamat dengan tepukan apabila nama Rizzal Khalis disebut oleh juruacara bagi persembahan seterusnya. Nedya kelihatan bingung sendiri. Serasanya dia pernah mendengar nama itu. Tetapi, tidak pula dia mengingatinya.

Rizzal keluar ke hadapan pentas bersama gitar kesayangannya. Dia menarik nafas dan kemudiannya terdengarlah suaranya yang merdu  menyanyikan lagu Tercipta Untukmu.

Menatap galaknya sinaran di matamu,
Membuatku terdiam dan terpaku..
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
Saat kau senyum mesra padaku..

Andainya kata, yang termampu ku ungkapkan kepada dirimu,
Aku ingin engkau selalu, hadir dan temani aku,
Di setiap langkah yang meyakiniku,,
Kau tercipta untukku..

Meski waktu akan mampu,
Memanggil seluruh ragaku,
Ku ingin kau tahu,
Ku selalu milikmu,
Yang mencintaimu,
Sepanjang.. Hidupku..

Tepukan gemuruh sekali lagi kedengaran apabila Rizzal selesai menyanyikan lagu tersebut. Nedya terkedu. Dia cukup perasan bahawa mata Rizzal sentiasa menyorotinya ketika dia sedang menyanyi. Dalam hatinya, berbagai perasaan bercampur baur. Melihat Rizzal membuatkan dirinya tak keruan.

“Nedya Sofea!! Will you be my partner for whole of my life? All this while, I’ve seen you along with your tears. Allow me to be with you during your happy time too. Cause I’m here to be with you during hard and happy times. Will you marry me?” Nedya tersentak. Tidak menyangka sejauh itu Rizzal bertindak. Kakinya bagaikan terpaku di lantai. Rizzal semakin menghampiri.

“Tak adil bagi Rizz hidup untuk lihat tangisan Nedya semata-mata kerana Rizz juga mahu berada di samping Nedya saat Nedya ketawa.” Tutur Rizzal ketika berada di hadapan Nedya. Panggilannya bertukar buat kesekian kali.Anggukan Nedya diiringi tepukan para penonton amat menggembirakan Rizzal. Dia melaungkan ‘I LOVE YOU’ sekuat hatinya.

Tiada lagi gundah saat kau terima lamaranku,
Hilang sudah mendung di wajah kala kau mengangguk setuju,
Kini, hanya irama tawamu menjadi penyeri hatiku,
Bukan lagi tangisan yang sering ku lihat dulu.

3 comments:

aku dan dia said...

sorry andai cite ni memang tak best..
sambil mengisi masa lapang..
tulis cite n post..
harap korang bagi komen..

-aina-

Fakhira said...

aku dan dia...
salam...
cite ni mmg best tp pd pendpt sy jln cite die mcm cpt sgt...sbb tibe2 je die lamar nak kawen...

aku dan dia said...

salam..
cepat sgt?
nk sy wat tragik sket x?
hahaha..
okeh.. point taken..
lps ni akn lebih pnjg jln citenye..
thanks..

Post a Comment

Let us feel the calmness..

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!