Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 15, 2011

Unknown 1

“Jadi tak kita keluar petang ni?” Soalan ditanya selepas salamnya berjawab. Tolonglah jawab yes, aku dah bored gila nih.

“Insyaallah.” Jawapan selamat diberikan oleh orang sebelah sana.

“Huh,” keluhan dilepaskan sebelum menyambung, “Pukul berapa nak confirm pergi ke tak?”

“1.30.”  Sepatah lagi jawapan yang keluar.

Apa kejadahnya 1.30 baru nak confirm kalau keluarnya pukul 2.00? “Okey.” Walau dalam hati dah membentak, tetap jugak jawapan positif diberi.

Talian diputuskan. Aisyah mendengus geram. Kalau taknak keluar, cakap je lah taknak!
Satu hal nak menunggu confirmation lagi sejam.

Tak sampai sepuluh minit, ringtone Appear, Kim Bum Soo kedengaran menandakan satu mesej masuk.

+Set. Kul 2.00, Megamall.

Tadi aku tanya tak cakap terus! Mesej dari Fina ditatap dengan sedikit rasa geram.

-Okey, c ya.

Keypad ditekan menyatakan persetujuan. Tinggal lagi satu jam dua puluh minit  sebelum pukul dua.

Tuala ditarik dari penyangkut. Kaki melangkah berat ke kamar mandi.

***

“Hai, lama tunggu?” Fina menyapa. Punggung dilabuhkan disebelah kerusi Aisyah.

“Assalamualaikum.” Haish kawan aku nih, salam ntah ke mana. Main hai, hai pulak! Jam dikerling, “Dalam lima belas minit baru, aku sampai.” Perkataan ‘baru’ ditekan.

Fina koyak sengih. “Waalaikumussalam. Sorry, traffic jammed.” Heh, traffic jammed apanya kalau rumah sejengkal je nak ke sini!

“Tak payah kelentong aku.” Aisyah tarik muka masam. Nasib baik la kau ni kawan aku, kalau tak dah lama dah aku penggal kepala.

“Sorry la, aku tertido tadi. Mak aku tak kejut.” See, kan dia mengaku jugak. Dia yang tido, pergi salahkan mak dia pulak.

“Bukan mak kau outstation ke?” Soalan menyiasat tak habis lagi keluar dari mulut Aisyah.

“Memang pun, sebab tu dia tak kejut.” Hailah minah nih! Berbelit pulak dia. “Okey, okey, cukup la menyiasat aku. Wayang jom. Aku belanja.”

Aisyah pamer muka gembira habis. Terus tak jadi nak marah. Siapa tak happy kalau ada orang nak belanja. “Ombak rindu eh.” Mata dikelip-kelip macam mintak penampar.

“Hmm.” Fina angguk macam burung belatuk. Dia pun sama teruja. Dalam hati dah congak-congak duit takut tak cukup.

***

“Mamat tadi tu mengganggu ketenteraman aku lah. Nak tengok wayang pun tak senang.” Aisyah mengomel. Geram dengan mamat-tak-cukup-akal yang duk mengacau dia dalam panggung. Tak pasal-pasal dia kena marah dengan makcik belakang dia.

“Dia suka kau.” Fina bagi jawapan kesimpulan. “Kau cantik sangat kot.” Ayat sambungan memang macam ayat-mintak-cekik.

Aisyah tayang muka bengang. “Jangan bagi jawapan budak darjah satu boleh tak?” Macam mamat tu nampak muka aku dalam keadaan gelap-gelita gitu.

Fina jongket bahu. Tiba-tiba, bibir dimuncungkan ke hadapan mereka sambil mencuit Aisyah. Aisyah angkat kepala dari tengok skrin telefon sambil tersengih. Mesej rindu dari Lukman, si kekasih hati buat dia rasa terawang-awang. Senyum di bibir mati terus.

Dalam hati dah mendidih. Sekelip mata dia rasa badan dah jatuh menyembah bumi. Rasa terawang-awang tadi diganti rasa nak pengsan. Dekat depan mata dia, Lukman tengah jalan sambil elok je pegang pinggang minah-rambut-blonde-tak-cukup-kain. Siap boleh gelak-gelak.

Lukman langsung tak perasankan dia di depan. Cupp. Satu ciuman dari Lukman mendarat di pipi perempuan blonde tu. Aisyah bungkam. Rasa nak menangis, tapi air mata tak keluar. Dia teringat mesej Lukman.

+I outstation ke Sarawak. Miss u sayang.

Dan dia balas,

-Miss u too. Cepat balik ek.

Tiba-tiba Aisyah rasa nak cekik diri sendiri bila ingat balasan mesej dia. Dia tekad. Langkah diatur cepat ke arah Lukman.

Sampai di hadapan Lukman dia terus menyerang, “I tak tau pulak tempat ni nama dia Sarawak.”

Lukman pandang dia tajam. “I kenal you ke?” Kenapalah minah ni ada kat sini? Yang aku pun satu, macam takde tampat jauh sikit nak dating.

Sakit di hati hanya TUHAN yang tau. Aisyah rasa nak lempang Lukman masa tu jugak. Tapi, mengenangkan yang Lukman tu haram untuk dia sentuh, dia kumpul sabar dalam dada. “Okey, fine. Kita tak pernah kenal kan? Sorry, kacau you all berasmaradana. Tapi, I nak nasihatkan, kalau ye pun diri sendiri dah takde maruah, at least jagalah air muka parents korang.” Ayat pedas Aisyah tutur.

“Hey, betina!” Perempuan rambut blonde tu dah angkat tangan nak penampar Aisyah.

Tak sampai seinci tangan dia nak jamah wajah Aisyah, “Don’t you dare to touch my girl!” Satu suara kedengaran, sambil tangan perempuan tu dipegang.

Aisyah gamam dalam tenang. Siapa la pulak ni? Rasanya aku takde masukkan pelakon tambahan. Lukman dah terlopong. Fina yang sedari tadi senyap dah ternganga. Muka perempuan tu berkerut menahan sakit. Drama sebabak mereka menarik perhatian dua tiga orang yang lalu lalang.

“Let’s go, sayang.” Afiq tarik tangan Aisyah lepas dia bagi amaran dekat Lukman dan perempuan-blonde tu. ‘Sayang? Sejak bila pulak aku ada spare part nih?’ Aisyah bertanya pada diri sendiri. Fina hanya menurut dua makhluk di depan dia.

Aisyah kelu, namun dia tetap akur demi menjayakan drama mereka di hadapan Lukman. Drama tanpa pengarah. Dia tak sedar tangan dia kejap dalam genggaman Afiq.

Sampai dekat tempat yang jauh dari pandangan Lukman, tangan Aisyah dilepas. “Sorry, I tak sengaja.”

“It’s okay. Thanks.” Tiga patah kata meluncur keluar dari ulas bibir Aisyah. Huh, nasib baik pegang berlapik. Dalam hati mengeluh, tapi, tak sampai hati nak cakap dekat orang yang dah tolong dia.

“Afiq.” Afiq hulur tangan nak bersalam tanda perkenalan.

“Aisyah Humayra. Panggil Aisyah.” Kepala ditunduk sedikit. Mentang-mentang dapat tarik aku tadi, ingat aku nak salam. Sorry lah brother! Takde niat pun!

Fina mencelah. “Saya, Fina.” Tak berkelip mata dia pandang Afiq.

Afiq senyum senget. Haish aku ni pun, tadi tu berlapik boleh la pegang. Yang gatal sangat nak salam tu kenapa!

“Alright, Aisyah and Fina. Jom I belanja you all makan.”

Aisyah kerling jam sesaat. Dah pukul 5.00 petang. Asar belum solat lagi. Dalam mencongak waktu, dia dengar Fina dah bagi persetujuan. Eii, budak nih! Pandai-pandai je.

“Thanks, but no thanks Afiq. Next time maybe. Saya belum asar lagi.” Sehabis sopan dia menolak pelawaan Afiq. Sebenarnya, mood dah hilang lepas kejadian tadi. Sekarang ni pun, dia rasa nak duduk dalam bilik dan menangis puas-puas.

“Saya pun tak solat lagi. Takpelah,” Afiq berjeda seketika. Kata ganti I-You ditukar ke saya-awak. Aisyah dah rasa tak sabar nak balik rumah bila Afiq bagi jawapan macam tu. Fina pamer muka masam, tengok Aisyah tarik senyum. “Kita jumpa lepas solat dekat Pizza Hut.” Afiq menyambung bicara tergendala.

Serta-merta wajah Aisyah yang bercahaya bertukar keruh bila Fina dekat sebelah dah gelakkan dia. Afiq tayang riak tak faham. Dan akhirnya, Aisyah mengangguk setuju, bila tengok muka Afiq yang nampak mengharap.

Mereka beriringan berjalan ke surau yang terletak dalam pusat beli-belah Megamall sebelum berpecah ke ruangan solat lelaki dan wanita.

***

15 minit kemudian, Aisyah keluar dari surau sementara Fina tengah membetulkan tudung dia yang berbelit tuh. “Eh, Afiq!” Afiq dipandang pelik. “Bukan awak kata nak jumpa dekat Pizza ke?” Aisyah tunjuk muka keliru habis.

Afiq tarik senyum, “Saya saja nak tunggu korang.” Senyum lagi. “Lagipun, saya dah order Pizza tu.”

Belum sempat Aisyah membalas, Fina dah siap keluar. “Jom.”

Dan mereka beriringan sekali lagi turun ke Pizza Hut di Ground Flour.

***

Sampai dekat rumah, Aisyah panjat tangga, lari masuk bilik. Mamanya yang tayang muka pelik tak dihirau. Dalam bilik, Aisyah menekupkan mukanya ke bantal. Menangis sepuasnya.

Rasa tertipu sangat. Insan yang selama ni berjanji sehidup semati dengan dia, boleh bermain kayu tiga. Tapi, dia tetap bersyukur. Sebab Allah tunjukkan siapa sebenarnya Lukman sebelum mereka ada apa-apa ikatan.

Setelah air matanya kering, kotak ingatan dibiar melayang mengingati kejadian petang tadi. Bait kata Afiq memberi amaran kepada Lukman dan perempuan blonde tu.

“Kau, jangan pernah sakitkan hati dia lagi. Sebab aku, takkan lepaskan kau kalau tu terjadi. Dan kau perempuan! Jaga balak kau ni elok-elok.”

Dia tak tahu kenapa Afiq yang terlebih marah. Tapi, dia bersyukur sebab at least, dia ada penyelamat. Kalau tak, memang habis muka dia merah.

Ringtone Scar kedengaran, menggamit Aisyah kembali ke dunia nyata. Siapa pulak yang call malam-malam nih!

“Assalamualaikum.” Aik, lelaki mana nih. Dalam kekeliruan, salam tetap dijawab.

“Waalaikumussalam. Nak cakap dengan siapa?”

“Afiq here. Tengah buat apa?” Tenang suara Afiq bertanya.

Afiq call aku? Mana pulak dia rembat nombor aku. Sekilas, wajah Fina terlayar di ruang mata. Fina!!!!!!!!! “Tak buat pape.” Tarik nafas. “Just thinking about my future.” Keluhan kedengaran.

“Be cool. Jangan fikir sangat.” Prihatin. “Saya ada untuk awak.” Ayat seterusnya ditutur perlahan namun masih sempat ditangkap pendengaran Aisyah.

Aisyah kelu. Kemudian, “Afiq.”

“Hmm.”

“Thanks.”

“For?”

“Selamatkan saya dari tangan raksasa.” Dua-dua tergelak.

“No problem. I’ll always be there for you.” Erk? Baru kenal dah berani cakap macam tu? Huh, lelaki.

No comments:

Post a Comment

Let us feel the calmness..

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!