Dia
tau Afiq kecewa. Tapi, dia tak sanggup terima kata-kata Afiq. Dia takut dia
pulak yang frust menonggeng disebabkan terburu-buru buat keputusan bersama Afiq
yang baru dua hari pernah bersua muka. Tak sampai seminggu dia kenal Afiq dan
dia tak yakin dia akan bahagia dengan orang yang boleh dianggap stranger.
Sedangkan Lukman yang dah separuh dekad dia kenal pun boleh ‘dump’ kan dia
macam sampah.
“Huh!”
Terbit satu keluhan kecil dari bibirnya. Baru sahaja Aisyah ingin membiarkan
mindanya melayari dunia khayalan tanpa sempadan, dia menerima satu mesej. Afiq!
Slide buka kekunci disentuh, lalu kotak mesej dibuka.
+
Cinta dalam hati saya hadir tanpa
paksaan. Dan saya takkan paksa ia pergi dari jiwa saya. Saya harap awak boleh pertimbangkan perasaan
saya.
Siap
buat ayat bunga-bunga bagai! Tiba-tiba, Aisyah rasa nak bagi peluang dekat
Afiq.
-
Kalau benar hati saya milik awak, Allah
pasti permudahkan segalanya. Saya bagi awak satu minggu untuk buat saya
terpikat dekat awak.
Send!
Huh!
Kerja gila! Allah! Menyesallah pulak.
Dalam
menunggu mesej balasan daripada Afiq, deringan telefon membuatkan Aisyah
terkejut. ‘Mesej jelah, main telefon-telefon pulak!’ Aisyah menggumam sendiri.
“Assalamualaikum.”
Salam dihulurkan kepada pemanggil di talian.
“Waalaikumussalam.
Awak betul-betul bagi saya peluang?” Suara Afiq kedengaran ceria.
Aisyah
tersenyum kelat. Walaupun, ada sikit rasa menyesal sebab memberi cadangan
sebodoh itu. Dan dia faham soalan Afiq. “Siapa kata saya bagi awak peluang?”
Kaki diangkat menghala ke balkoni luar. Keluh kesah Afiq jelas kedengaran.
“Saya cuma suruh awak buat saya jatuh hati dekat awak. Kalau awak berjaya, then
saya bagilah chance dekat awak.”
“Okey.
Saya sahut cabaran awak.” Suara Afiq jelas kedengaran bersemangat. “Tapi, awak
kena kenalkan saya dengan parents awak dulu.”
“Erk?
Apa kena mengena mak ayah saya dalam hal ni?”
Afiq
ketawa. “So, nanti mudahlah saya nak laksanakan cabaran awak. At least, parents
awak tau dengan sape awak berkawan. Saya taknak dituduh cuba buat apa-apa yang
tak baik pada awak.” Afiq diam.
Aisyah
berfikir. Betul jugak kata Afiq tu. “Okey. Esok, pukul 11 pagi, awak jumpa saya
dekat taman depan hospital besar. Dari situ, kita bertolak ke rumah saya.”
Entah apelah tanggapan parents aku…
“Okey,
saya tak sabar nak jumpa your mum and dad. After all, they are my
in-law-to-be.”
In-law-to-be?
“Huh, yakinnya awak! Saya tak pernah bagi apa-apa jaminan. Ingat tu!”
“Saya
tak perlukan jaminan awak, sayang. Saya yakin dengan semua petunjuk dari Allah.
Kita memang ditakdirkan bersama. Sebagaimana Adam perlukan Hawanya, macam tu
jugaklah Afiq perlukan Aisyah dalam hidup.” Panjang celoteh Afiq menyerap jauh
ke dalam jiwa Aisyah.
Hish!
Seram sejuk lah pulak aku malam ni. Relax Aisyah! Jangan gelabah! Kalau kau
cair, maknanya dia dah berjaya tawan hati kau. Padahal tak sampai satu hari pun
lagi cabaran kau bermula. Jaga maruah kau Aisyah! “Saya tak tau mana awak dapat
keyakinan yang tinggi melangit Afiq. Tapi ingat, awak hanya ada seminggu untuk
buat saya terpikat.” Sekali lagi dia rasa menyesal. Perlu ke dia mengingatkan
Afiq tentang tempoh cabaran tu, seakan-akan dia benar-benar ingin berikan Afiq
peluang?
“Alright,
Aisyah. Jumpa esok. Selamat malam. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Klik.
Talian dimatikan. Aisyah termenung seketika. Jam di dinding bilik dilihat
sekilas. 9.30 malam. Dia keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu.
“Mama,
papa, esok kawan Aisyah nak datang. Pukul 11 lebih. Boleh?”
“Siapa
Aisyah, Fina ke?” Encik Rashid menyebut nama Fina tatkala mindanya teringatkan
kawan Aisyah itu.
“Err,
bukan pa. Kawan lelaki. Papa belum kenal dia lagi. Nama dia Afiq.” Takut-takut
Aisyah berbicara.
Encik
Rashid main jongket-jongket kening dengan Puan Salmah. “Sejak bila anak papa
ada special boyfriend ni?”
“Tu
lah pasal. Diam-diam ubi berisi..!” Puan Salmah menyampuk.
Aisyah
sungging senyum terpaksa. “Takdelah. Bukan boyfriend, kawan je. Dia just nak
kenal-kenal dengan papa and mama. So, boleh ke?”
“Boleh
Aisyah.. Nanti mama masak sedap-sedap. Aisyah tolong tau.” Puan Salmah kenyit
mata kepada Encik Rashid. Aisyah hanya mengangguk.
“Good
night ma, pa.” Aisyah menyalam tangan papa dan mamanya lalu segera ke bilik
tidur.
***
“Sorry,
sorry, saya lambat.” Aisyah kalut memohon maaf. Bimbang disangka seorang yang
sering mungkir janji. Jatuhlah saham nanti!
“It’s
okay. Saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila.” Afiq pandang Aisyah yang
nampak termengah-mengah.
“Apa-apa
jelah. Jom.”
“Pergi
mana? Kahwin? Jom!” Semangat Afiq menutur kata. Dalam hati, dia dah gelak
golek-golek tengok muka Aisyah yang merah padam.
“Hish,
tak kuasa! Cepatlah, nak pergi rumah saya ke tak ni?!”
Afiq
koyak sengih. Marah la pulak..! Tapi… Comel! “Okey, okey. Let’s go. Awak naik
kereta saya kan?”
Ek
eleh mamat ni. Dah nampak aku datang naik teksi, lagi mau tanya! “Takdelah,
saya jalan kaki. Awak ikutlah dengan kereta.” Macam cadangan bodoh je.
Afiq
pelik. “Kenapa jalan pulak? Kereta kan ada.”
Sakitnya
hati aku…! “Kalau dah tau, sape suruh tanya. Dah jelas-jelas saya datang naik
teksi tadi.”
Sekali
lagi Afiq tersengih. Memang salah aku pun. Padan la dengan muka sendiri! “Ala,
awak nih. Nak gurau pun sentap.”
“Apa
sentap, sentap? Dahlah. Melayan awak ni, sampai tahun depan pun tak habis.”
Afiq dijeling. “Cepatlah! Dah lewat ni!” Menonong dia jalan tinggalkan Afiq di
belakang, Padahal dia tak tau pun yang mana satu kereta Afiq. Tiba-tiba..
“Aisyah!
Kereta saya kat sini lah.” Afiq memanggil Aisyah yang sudah jauh. Disangkanya
Aisyah marah kerana dia mempermainkan wanita itu.
Aisyah
berhenti berjalan. Kaku untuk 5 saat. Malunya aku… Dia pusing belakang dan
berjalan ke arah Afiq. Segera, dia masuk ke dalam perut kereta Afiq. Afiq yang
setia menunggu dia masuk untuk menutup pintu langsung tidak dipandang.
***
“Dah
lama ke Afiq kenal Aisyah?”
“Lama
lah jugak uncle.” Afiq senyum.
Aisyah
cuba untuk menyampuk membetulkan auta Afiq, tapi, bicara papannya mematikan
niat Aisyah untuk menjelaskan perkara sebenar. Hish! Kata nak jujur, ni ape kes
tipu-tipu nih?
“Owh,
tapi, uncle tak pernah dengar pun Aisyah sebut nama Afiq. Apelah Aisyah nih.
Ada kawan lelaki, tak bagitau pun.” Encik Rashid tengok Aisyah. “Aisyah, pergi
tolong mama kat dapur.”
Aisyah
akur. Dia bangun dari duduknya. Padahal, dia hendak sangat berada di situ.
Bimbang Afiq meng’auta’ papanya lagi. Afiq dijeling dengan isyarat mata,
awak-jangan-nak-menipu-ye!
Afiq
senyum pada Aisyah. Dia tau Aisyah marah. Tapi, dia lagi tau apa yang dia buat.
Dia kenyit mata pada Aisyah tanda, don’t worry.
Aisyah
mencebik.
Afiq
gelak.
Encik
Rashid yang melihat adegan dua manusia di hadapannya kerut dahi. Tapi, tak lama
kemudian, mereka menyambung bicara setelah Aisyah membawa diri ke dapur.
Setengah jam kemudian..
“Abang,
Afiq jom makan. Aunty masak special untuk Afiq ni. Jom, jom.” Ujar Puan Salmah.
“Jom
Afiq.”
“Okey.”
Afiq senyum.
Mereka
beriringan ke dapur.
Di
meja makan, Aisyah menjeling ke arah Afiq yang rancak berbual dengan kedua
orang tuanya. ‘Cepatnya ngam diorang ni. Apa ada chemistry ke?’ desis hati
Aisyah.
Selesai
makan, mereka berempat duduk bersama di ruang tamu. Jam menunjukkan pukul 1
tengahari. Afiq dijemput Encik Rashid untuk solat berjemaah. Afiq mengangguk
bersetuju. Tepat jam 1.30 tengahari, solat Zuhur dimulakan dengan Afiq sebagai
imam.
Hati
Aisyah tersentuh. Suara Afiq yang mendayu-dayu membuatkan dia sebak. Selesai
solat, mereka mengaminkan doa yang dibaca Afiq. Dalam hati, Aisyah turut
mendoakan semoga dia terbuka pintu hati untuk Afiq sekiranya benar sudah tertulis
jodoh mereka di Luh Mahfuz.
Selesai
solat, mereka sekeluarga mengiringi Afiq yang hendak pulang ke muka pintu.
Walaupun, mereka ada mengajak Afiq untuk makan malam bersama, pelawaan mereka
ditolak dengan baik oleh anak muda itu.
“Saya
balik dulu makcik, pakcik, Aisyah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Serentak tiga suara kedengaran menjawab salam.
***
“Aisyah.
Mai sini jap.” Encik Rashid memanggil Aisyah duduk di sisinya.
“Ada
apa pa?” Aisyah melabuhkan duduk di sisi papanya.
Encik
Rashid berdehem. “Aisyah dah lama kenal Afiq kan?” Muka Aisyah dipandang. “Afiq
kata keluarga dia nak meminang Aisyah. Macam mana?”
Hah???
Lama? Meminang? Apa nih?! Aisyah kerut dahi. Muka dah macam orang yang tak faham
bahasa Melayu. “Lama? Sape cakap Aisyah dah kenal dia lama? Dah ni
minang-minang ni ape pulak pa?”
“Afiq
la bagitau. Aisyah tak payah selindung lagi lah.” Encik Rashid senyum. “Papa
and mama dah tau. So, I need you to decide now.”
Tiba-tiba
Puan Salmah yang datang dari dapur menyampuk. “Buat cepat-cepat lah sayang.
Mama dah tak sabar nak bermenantukan Afiq tu.”
Permintaan
mengharap dari mamanya buat Aisyah tak sampai hati. Ape Afiq nih! Habis semua
orang dia auta. Argh! Aisyah tak nak ma!! “Bagi Aisyah masa dua minggu.” Lain
yang difikir, lain pulak yang diluah. “Aisyah masuk bilik dulu. Nak solat.”
Senyum hambar diberikan buat mama dan papanya.
“Okey.”
Serentak Encik Rashid dan Puan Salmah menjawab. Bunga-bunga kegembiraan
terpancar di wajah mereka.
***
Sehari
menginjak pergi. Mengurangkan jumlah seminggu yang dijanji, Bermakna tinggal
lagi enam hari. Petang tadi, kereta Aisyah meragam. Mati di tengah-tengah
bandar Kuantan.
Dahlah
hari panas terik. Nak menapak ke rumah dah satu hal. Tapi, tuah ayam nampak di
kaki, tuah manusia siapa yang tau. Afiq memang tuah buat Aisyah hari ini. Masa
tengah-tengah berfikir nak kol siapa, muncul kereta Afiq dari arah
bertentangan.
Afiq
turun dari kereta yang diparkir di seberang jalan. Baju kemeja biru laut
disinsing lengannya hingga ke paras siku.
Menyerlahkan daya tarikannya. Tapi, Aisyah takde masa nak tengok
ketampanan Afiq. Padanya, kereta lagi penting. Afiq memang dalam list ke-100
yang dia akan kisah buat masa emergency macam tu. Dan, makhluk dalam list
ke-100 tu lah yang tolong dia pada saat kritikal tersebut.
Aisyah
tak berkelip tengok Afiq bukak bonet kereta. “Awak nak buat apa?”
“Nak
buat salad buah.” Afiq jawab selamba.
Aisyah
macam patung. Menunggu ‘salad buah’ Afiq siap. Tak berkutik sejengkal pun dari
kedudukan asal di sisi kereta.
“Siap!”
Aisyah
tersentak.
“Tapi,
problemlah kereta awak ni yang.” Afiq seperti berfikir. “Kene repair. Jom, saya
hantar balik.”
“Hah?
Saya.naik.kereta.dengan.awak?” Satu-satu ayat disebut.
Afiq
buat muka keliru. “Habis? Awak nak tinggal saya dalam panas terik ni ke? Tak
kesian ke kat future husband awak nih? Kang hitam pulak masa bersanding nanti.”
Mata
dikecilkan. Bengang betul dia dengan Afiq. Dahlah tengah panas ni, berasap
betol! “Kereta saya takkan nak tinggal sini?”
“Owhh.
Kereta nanti saya call mechanic. Kene repair ni. Jom.”
“Tapi,
bahaya lah!” Aisyah bagi alasan. Tak betah sebenarnya berlama dalam kereta
Afiq. Padahal 10 minit je nak sampai ke rumah dia.
Hish.
Afiq geleng kepala. Sayang sangat kereta dia! “Yelah sayang. Kita tunggu sampai
tow truck tu datang ek. Tapi, dekat tempat teduh lah sikit. Kesian abang ni
hah. Dah terbakar.” Afiq tunjuk muka sedih. Konon nak bermanja.
Ya
Allah! Geli telinga aku. “Awak ni kan, tak boleh bercakap macam orang normal
ke?”
“Normal
la ni. Okey, okey dah. Jom pegi sana.” Jari telunjuk dihala 90 darjah ke kiri.
Menunjuk ke arah sepohon pokok rendang. Tak sanggup dia bertekak dengan Aisyah
tengah-tengah panas macam ni.
Aisyah
membawa kaki menghala ke arah yang ditunjuk Afiq.
5
minit kemudian, lori tunda yang ditunggu-tunggu sampai. Kunci diserahkan kepada
pemandu lori tersebut yang meeemperkenalkan diri sebagai Abang Man.
“Terima
kasih bang. Nanti apa-apa, call saya ye.” Afiq bersalam dengan Abang Man. Kad
nama dihulur.
Abang
Man hanya mengangguk.'
Aisyah
kuis lengan Afiq dengan ranting kayu. Entah mana dia dapat benda tu. “Kenapa
suruh dia call awak? Call saya jelah. Tu kan kereta saya.”
“Tak
elok awak pergi dekat bengkel tu sorang-sorang. Biar saya je tolong ambik.
Nanti saya hantar kat rumah awak. Bengkel tu dahlah dalam kawasan dekat dengan
hutan. Apa-apa jadi dekat awak nanti, merana hidup saya.”
“Hmm.
Jomlah balik. Dah lewat.” Aisyah takde mood nak bertelagah dengan Afiq. Lantak
dialah nak cakap apa pun.
“Jom.”
Mereka
memulakan langkah. Afiq berdiri di sisi kiri Aisyah. Banyak kereta yang lalu
ketika itu. Tiba-tiba Afiq beralih ke sisi kanan Aisyah.
“Kenapa?”
Aisyah pelik.
Afiq
hanya tersenyum. “Kereta datang dari belah sana.” Tangan kiri diangkat
menunjukkan hala kereta. “At least kalau jadi apa-apa, saya yang kena dulu.”
Aisyah
kelu. ‘Sepenting ni ke aku pada dia?’ Soalan bergema dalam hati.
Masuk
ke dalam kereta, mereka hanya senyap. Tiada pergaduhan, hanya kesepian. Aisyah
berfikir. Afiq melayan lagu.
Aisyah
turun dari kereta Afiq bila sampai di rumahnya. “Thanks.”
“Welcome
sayang. Esok saya ambik awak pergi kerja ye. Bye, Assalamualaikum.”
Baru
Aisyah hendak menolak, kereta Afiq menderum pergi. Tanpa sedar, ada senyuman
meniti di bibir. Tak sabar menunggu esok!