Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 27, 2010

Prologue SYANARY?

Juara untuk Pertandingan Supermodel Berduet of the Year jatuh kepada Syahira Syazana dan adiknya, Syafiqa Syazana! Mereka telah memenangi wang berjumlah RM700 tunai setiap seorang, trofi serta pelancongan 3 hari 2 malam di Paris. Mereka juga berpeluang untuk mengadakan sesi photo shoot bersama model pilihan mereka.

"Hooray! Syasya, kita menang lagi!" jerit Nana kegirangan.
"Yey yey, kita pergi Paris!"
"Ajak mummy sekali nak tak?"
"Ok. Baru seronok bila ada mummy sekali,"
"Of course. Nanti kita boleh pergi shopping!"

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 5)

BAB 5

          Hari ini,, tiba-tiba ada call daripada Guard yang 24 jam mengawal kondo kami.. Dia call sebab nak inform yang kami dapat surat.. Aku dan Sasya bergegas menaiki lif ke tingkat bawah untuk mengambil surat yang dikatakan penting oleh Guard kami.. Manalah tau kan,, entah2 surat daripada nenek kat kampung sebab bagitau atuk sakit ke.. Tapi,, setau aku,, atuk n nenek aku dah meninggal.. Nak kata atuk or nenek Sasya yang hantar surat,, tak logik la pulak sebab takkan atuk or nenek dia nak pos surat kat aku sekali..

          Sesampainya kami di tingkat bawah,, Guard tu terus bagi kat kami surat yang kami dapat.. Kemudiannye,, kami naik semula ke tingkat atas.. Dalam lif,, kami terus bukak envelope yang kami dapat.. Aku terus terjerit apabila membaca isi kandungan envelope itu.. Sasya turut mengikut jejak langkahku..Bergegar lif itu dek kerana paduan suara kami yang nyaring.. Kalah pontianak....

          "Sya!! Aku dapat tawaran pi London.. Ambik medic kat sana.." kataku setelah kami masuk ke dalam perut kondo kami..

          "Eh,, yeke Rin?? Aku pun dapat pergi London gak.."

          "Tak sangka kan Rin,, kita still dapat study sesame.. So,, kau nak accept tak tawaran tu??" sambung Sasya lagi..

          "Haah,, aku tengah excited giler ni.. Tapi,, a....a..aku tak tau la nak accept ke tak tawaran tu.." kataku bercampur malu untuk menerangkan hal yang sebenar.. Sebenarnya,, aku tak tau nak accept or tak bukan sebab ape,, aku taknak berjauhan dari Am je.. hehehe

          "Wei,, apesal pulak tak tau nak accept ke tak?? Accept je la.. Boleh kita study sesame.. Cube kau gitau aku sebab ape kau  tak tau nak accept ke tak?? Ni mesti ade something kan?? Baik kau jangan rahsiakan dari aku.. Kalau tak,, aku report kat Am yang kau taknak sambung belajar sebab nak ikut die.."ugut Sasya

          'Oit,, mane pulak minah ni tau??'

          'Kalau la kau tau Sya,, apa yang kau fikir tu betul,, mesti kau gelakkan aku.. Aku sendiri pun tak tau Sya,, camane aku boleh terminat giler2 kat Am tu.. Sampai dalam mimpi pun Am juga yang muncul.. Aku buntu Sya!!' desis hatiku lagi

          "Weh,, sedapnya kau layan blues ek?? Aku yang tengah membebel ni kau buat tak tau je.. Dahlah,, daripada aku layan kau Rin.. baik aku call Rizwan.. laaaaaagiiii bagoih.."marah Sasya padaku

*********************************************************************************

Keesokan pagi..

          "Helo,, Rin ke ni.. Saya Am.. Rin.. awak free tak malam ni?? Saya nak ajak awak keluar jap.. Berdua je.. Ade something important saya nak bagitau kat awak.."ucap Am memulakan bicara..

          "Owh Am.. Free kot.. Tapi nak keluar pergi mane?? Nape takleh ajak Sasya sekali?"soalku panjang

          "Saya jemput awak kat rumah nanti.. Kita pergi Taman Tasik.. Saya nak privacy sikit sebab ade hal yang saya nak awak sorang je tau.."

          "Owh.. Ye lah.. Jumpa nanti.. Pukul 8.30 okey??"

          "Boleh la.. Tunggu saya kat luar ye.. K bye.. Assalamualaikum.."ujarnya memberi kata putus sambil mengakhiri perbualan kami..

          "Waalaikumsalam.."

*********************************************************************************

Di Taman Tasik Titiwangsa..

          Kami berdua pergi dinner dulu selepas Am menjemputku di rumah dengan kereta Vios nya..

          "Rin,, saya sebenarnya nak bagi tau sesuatu kat awak"

          "Ape dia? Macam serious je.."

          "Sebenarnya dah lama saya suka kat awak.. Cuma,, saya tak berani nak bagi tau.. Tapi,, since saya dapat tawaran belajar ke Amsterdam,, saya tekad nak bagi tau awak.. Saya taknak awak lepas ke tangan orang lain.."ucap Am lancar selamba.. Namun, masih terpancar keikhlasannya.. Aku terpempan.. Luahannya menandakan aku tak bertepuk sebelah tangan.. Tapi, aku masih tak mampu memberi keputusan..

          "S.. sa.. saya perlukan masa Am.. Boleh tak awak bagi saya 2 hari je untuk saya fikir?? Saya buntu.." luahku bertentangan dengan kata hati.. Hatiku beria-ria megatakan aku juga suka padanya,, tapi entah mengapa mulutku berbicara lain..

          "Ambillah seberapa banyak masa yang awak nak Rin.. Saya setia menunggu dan akan terus menunggu sampai saya dapat jawapan yang pasti.."

          "Am,, terima kasih sebab faham saya.. Tapi tadi awak ada cakap yang awak nak ke Amsterdam kan?? Awak ambik kos ape?"ujarku untuk mengendurkan suasana dan menjadikannya lebih selesa..

          "Secret.."ucapnya sepatah

*********************************************************************************

Saturday, September 25, 2010

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 4)

BAB 4

          Aku dah rasa macam tak betol bila tau Am dengan Azam Micael ialah orang yang sama.. Satu badan, satu jiwa, satu hati, satu muka n semualah benda yang 1.. Takde 2 pun..

          Hari ni,, aku,Am, Sasya dan Rizwan keluar sama-sama untuk raikan kejayaan kami.. Mummy ngan daddy aku dah tau kitorang keluar.. Mama ngan papa Sasya pun dah tau.. Diorang just pesan.. jage diri,, jangan terlebih galak n so on.. Sampai telingaku berasap pun,, pesanan penaja diorang tak habis lagi..

          Kami berempat celebrate kejayaan dengan menapak ke pusat beli-belah terkenal di ibu kota untuk hilangkan stress.. Berjalan, main bowling, makan n macam2 lagi kami buat sama-sama.. Sasya ku lihat semakin kamceng dengan Rizwan.. Siap gelak2 lagi tuh.. Aku ngan Am pulak tak tau la nak cakap.. Actually,, aku berdebar giler bila Am ada kat sebelah.. Rase cam nak tercabut je jantung.. Tapi aku cepat2 beristighfar ingat Allah.. Ntah perasaan apa yang menyelinap masuk dalam hati aku ni.. Mungkin sebab hati aku takde penapis,, tu yang ade rase pelik je tuh..

          "Awak nak ambik kos ape nanti" tanya Am memecahkan lamunanku yang sememangnya dah sampai ke Paris.. Otw nak masuk rumah Paris Hilton dah pun.. hahahaha..

          "Kos ape ye?? Saye rase nak ambik kos mencuri la.. Nak curi hati orang.. hahaha"kataku bercampur ketawa.. Sebenarnya aku tidak sengaja terluahkan kata2 dari hatiku.. Dia turut ketawa.. Macho bunyinya.. SUDDAH!! Aku dah jadi minah jiwang dah..

          "Awak nak ambik kos mencuri?? Buat ape nak curi hati orang??"katanya

          "Awak dah pun berjaya curi hati saya,, takyah study pun takpe.." sambungnya lagi,, tapi perlahan saja kata-kata itu menampar cuping telinga ku.. Sepertinya,, dia tidak mahu ku dengar ape yang diluahkan sebentar tadi.. Lalu,, aku hanya membiarkan perkataan itu berlalu pergi dari telingaku..

          "Saya memain je la.. Buat ape saya nak curi hati orang,, macam takde keje je.. Lagipun,, saya sendiri dah ada hati,, walaupun tinggal separuh je hati saya tuh.." kataku untuk melihat reaksinya..

           "Haaaaa?? Mane lagi sebelah hati awak??" dia kelihatan tidak keruan..

'Adakah aku tidak bertepuk sebelah tangan??' hatiku berdetik

          "Hati saya yang sebelah lagi dah ada orang curi"Dia terus terdiam tanpa kata..
Aku pula dengan selambanya menarik lengan bajunya untuk menghampiri Rizwan dan Sasya yang telah meninggalkan kami yang jauh ke belakang.. Aku tarik lengan baju sebab dia bukan muhrim.. hehe

*********************************************************************************

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 3)

BAB 3

Hari ni hari aku ambik result exam SPM.. Mummy dengan daddy ambik aku n Sasya untuk ambik result SPM..  Kitorang malas drive sendiri.. Sasya naik dengan aku sebab mama dengan papa dia ada hal kat luar negara..
Sesampainya aku dengan Sasya kat sekolah,, kami terus mengambil slip peperiksaan di dalam dewan.. Mummy ngan daddy datang ambik aku kemudian sebab katanye nak bagi aku enjoy dengan kawan-kawan.. Kami masuk dewan dengan berdebar-debar.. Setelah slip kami ambil,, kami terlompat kegirangan.. Aku dan Sasya lulus exam dengan jayanya.. Straight A's 1 beb.. Mane tak hepy..

          Kami masih di dalam dewan untuk mendengar pengumuman tokoh SPM terbaik..

          "Tokoh SPM terbaik pada tahun ini jatuh kepada dua orang putera dan dua orang puteri kita.." ucap pengetua.. Entah kenapa,, aku berasa berdebar tiba-tiba..

          "Tokoh SPM yang pertama jatuh kepada Azam Micael diikuti Naqib Rizwan.."sambung pengetua lagi.. Nama Naqib Rizwan sememangnya ku kenali kerana dia rakan sekelasku yang digilai oleh Sasya,, tapi,, siapa pulak Azam Micael?? Sasya di sebelah ku lihat senyum memanjang.. Dalam menunganku,, aku dapat menangkap sebutir-sebutir apa yang pengetua ucapkan seterusnya..

          "Tokoh SPM kita yang diwakili dua orang puteri pula ialah Farina Aiina dan Sasya Natasha"ucap pengetua dengan bangga nya.. Aku yang sedari tadi termenung kini ternganga.. Segera aku dan Sasya mendaki pentas untuk bergambar dan mengambil hadiah beserta sijil.. Tidak diduga,, Sasya tersadung wayar mikrofon lalu hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Rizwan..

          Maka bermula lah aksi menatap mata di atas pentas tersebut.. Sasya yang tersedar terus bangun dari pangkuan Rizwan dan berjalan dengan muka yang merah ke arah pengetua untuk mengambil hadiah selepas giliranku.. Kami dipakaikan selendang bertulis Kau Puteriku manakala Rizwan ku lihat memakai tengkolok bertulis Kau Puteraku.. Sudah pasti Azam Micael turut memakai sebegitu,, fikirku..

          Sebelum kami bergambar,, Sasya masih sempat mengucapkan terima kasih kepada Rizwan..

          Snap! snap! snap!

          Gambar kami diambil sebagai tanda kenangan.. Dalam pada itu,, aku belum melihat lagi bagaimanakah orangnya Azam Micael kerana semasa bergambar,, aku di sebelah Rizwan,, manakala Sasya diapit kiri dan kanan oleh Rizwan dan Azam Micael..

          Kemudian,, aku ke luar dewan untuk berjumpa teman-teman.. Manakala Sasya dipanggil oleh Rizwan.. Kata Rizwan,, ade sesuatu yang hendak dibicarakan.. Azam Micael pulak entah ke mana lesapnya!..

          Dalam pada aku berjalan ke luar,, seseorang menyapaku.. Suaranya amat ku kenali..

          "Hai princessku" ucap Am selamba

          "Hai,.......................A....Am.."ucapku gugup.. Bukan kerana panggilannya yang meremangkan bulu romaku tetapi kerana terkejut dengan kehadirannya..

          "Awak buat ape kat sini?" sambungku lagi

          "Aiks,, salah ke?? I'm ur prince Rin.."aku tak paham dengan ucapannya.. Tetiba muncullah Si Rizwan dengan Sasya..

          "Hai Am a.k.a Azam Micael!!.. Dah dapat tackle kawan kiteorang?? hahahahah" serentak mereka berkata.. Aku yang terpinga-pinga mula merasakan bahawa aku telah mendapatkan jawapan yang pasti.. Am ialah Azam Micael!! Tapi nape selame ni aku langsung tak perasan kan kehadirannya??

*********************************************************************************

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 2)

Di dalam bilikku..

          Aku yang sedang kecoh mencari telefon bimbitku,, terkejut dengan kehadiran Sasya yang tiba-tiba merempuh bilikku..

          "Wei! Yang kau bising2 ni nape?? Sampai ke bilik aku dengar.." Sasya bersuara

          "Handphone aku hilang Sya!! Ntah kat mane aku letak!!"kataku gelabah.. Mana taknye,, semua nombor-nombor pelanggan penting butik ada kat dalam tuh.. Bila-bila masa je diorang akan call aku untuk ambik baju diorang.. Mati la aku ngan Puan Hani,, pemilik butik kiteorang..

          "Rin, Rin.. Tu la kau.. Sape suruh letak merata.. Habis tu,, camne mamat hensem tadi tu nak kol kau?? Nombor kau dah bagi.." kata Sasya,, mengarut..

          "Aku tengah cari handphone,, boleh pulak kau risaukan mamat tadi tu.. Dahla tadi aku terlepas cakap,, siap melalut lagi kat dia.. Malu tau tak?? Sekarang phone plak hilang.. Ape ke malang sangat nasib aku hari ni.. Bala bertimpa-timpa.." balasku panjang

          "Habis tu,, kau tak try kol fon kau ke??" cadangnya

          "Aku dah kol,, masalahnye asyik masuk voicemail aje.. Dah naik muak dah aku dengar suara operator tu.. Aku rase fon aku takde bateri,, tu yang terpakse aku dengar minah omputih tu melalut.."

          "Ape la cerdik sangat kau ni.. Tak reti2 nak caj fon"

          "Eh, jangan r marah aku.. Dahlah aku tengah takut ni.. Nanti Puan Hani marah aku.."

          "Yela2.. Kau tido dulu.. Esok kite gi kerja.. Pastu kita bagitau Puan Hani.. Sekarang ni kau tido lu.. Rehat banyak2.."nasihatnya

*********************************************************************************

          Semasa aku dan Sasya dalam perjalanan ke pejabat,, aku terjumpa mamat semalam.. Dia memanggilku..
      
          "Rin,, saya terjumpa handphone awak terjatuh semalam.. Saya nak mintak maaf pasal semalam.. Saya tak sengaja langgar awak.. Btw, nama saya Am.." dia memohon maaf sambil memperkenalkan dirinya..
Aku yang terlalu gembira kerana mendapat handphone ku kembali terus mencapai tangannya lalu berterima kasih berkali-kali.. Setelah ku sedari yang tindakan ku agak melampau terus melepaskan tangannya..

          "Ops,, sorry.. Terima kasih sekali lagi sebab pulangkan balik fon saye.. Saya pun nak mintak maaf sebab terlepas cakap semalam.." balasku membuatnya tertawa.. Sasya turut tertawa

          "Tu la kau,, kan dah terkantoi.. Padan muka!!" bisik Sasya di telingaku

          "Hahahahahaha.. Takpe.. At least,, banyak saye dapat tau pasal awak.. Siap dengan alamat lagi" katanya bersama sisa ketawa

          Sejurus selepas itu, aku dan Sasya terus meminta diri untuk ke tempat kerja..

*********************************************************************************

          Malam itu,, aku tak dapat tidur.. Aku rasa angau semacam.. Aku rindu sangat dekat Am.. Angau nye la.. Selain daripada memikirkan Am,, aku turut risaukan result aku yang seminggu lagi bakal keluar.. Ntah berapa la aku dapat ye..

          At last,, aku tertidur dengan mimpi dan angan-anganku dan kerisauanku..

*********************************************************************************

Pertemuan Aku Dan Dia(BAB 1)

BAB 1

          Petang itu,, aku berasa amat lah boring.. Tiba2 idea untuk bersiar-siar muncul di benakku.. Biarpun tanpa Sasya bersama.. Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan bagi menenangkan fikiran di sebuah taman.. Sebelum keluar, Sasya ku telefon untuk memaklumkan bahawa aku keluar sebentar agar dia tidak tercari-cari aku sesampainya di rumah nanti.. Sasya merupakan temanku ketika di sekolah menengah lagi.. Sehingga,, sekarang, aku dan Sasya masih berkawan baik dan kami sama2 bekerja sambilan sambil menunggu keputusan SPM yang bakal dikeluarkan dengan penuh debaran.. Kini,, kami tinggal bersama di sebuah kondominium yang dibeli oleh mama dan papanya tahun lepas.. Ini kerana kondo tempat kami menetap,, terletak berdekatan dengan tempat kerja kami iaitu di sebuah butik terkenal di Kuala Lumpur..

*********************************************************************************
         
          Hari ini,, aku dan Sasya ke tempat kerja kami dengan berjalan kaki kerana kereta kami sedang di servis.. Kami berjalan sambil berbual..

          "Rin,, kalau kau nak pakwe,, kau nak pakwe yang camne?" tanya Sasya kepadaku

          "Aku?? Kalau nak pakwe aku nak yang suka makan budu gak,, cam aku.." jawabku selamba

          "Haaa?? Habis tu kalau dia suka makan belacan kau taknak la??" tanyanya pelik dengan pilihanku
         
          "Haah,, memang aku taknak pun"

          "Maknenye,, walaupun mamat uh hensem,, tough,, kaye,, n so on,, kau sanggup tolak dia hanya sebab
dia suka makan belacan?? Gila la kau.."

          "Depends.. Kalau dia sanggup tukar selera dia daripada belacan ke budu,, aku akan terima dia.. Hahahaha"

          "Kau ni kan minah!! Suka sangat memain.. Aku cakap betol2 la.. Jangan la memain!!" kata Sasya yang tak puas hati langsung dengan jawapan ku

          "Yela sayang oii.. Aku nak yang suka makan budu jugak.. Baru senang keje aku,, Aku mane reti buat belacan,, nanti x pasal2 belacan aku tu tukar jadi cencaluk"

          "Hish.. Cakap ngan kau ni boleh buat aku sewel tau tak??"

          "Ikut kau la Sya,, ni kita dah sampai.. Jom r buat keje.. Kang x pasal2 aku pun ikut kau jadi sewel.." kataku untuk mengakhiri perbualan kami..

*********************************************************************************
          Hari ini,, aku amat letih.. Dan sangat2 mengantuk.. Tepat jam 5 petang,, aku mengajak Sasya untuk pulang.. Sedang kami  berjalan,, tiba-tiba ada seorang makhluk Allah terlanggar aku.. Tak semena-mena barang ku terjatuh.. Aku yang sememangnya terlalu penat untuk bersuara apatah lagi memarahi makhluk Allah itu terus mengutip barang2 ku yang berterabur dibantu oleh Sasya dan berdiri untuk pulang..

           Tiba-tiba makhluk Allah itu menegurku..
     
          "Sorry ye.. Saya tak sengaja.." dia memulakan bicara

          "Hrmm.." Jawabku lalu ingin terus berlalu.. Dari suaranya aku tahu yang dia seorang lelaki..

'Machonye suare'kataku di dalam hati..Tapi, aku tak berdaya memandangnye..
Sasya di sebelah hanya membatu..

          "Eh,tunggu" katanya menghentikan menunganku

          "Nama awak sape??" sambungnya lagi

'Ni lah taktik nak mengorat zaman sekarang' tutur hatiku

          Sambil melihatnya,, aku berkata..

          "Nama saya Rin,, no telefon saya 0199565404,, ape lagi awak nak tau??" lancar ku berkata

          "Rumah saya kat sana(sambil menunjukkan ke arah kondo kami),, tingkat 10.. Ni kawan saya,, nama dia Sasya, rasenye dah takde pape kan yang awak nak tau.. K lah.. Assalamualaikum" sambungku lancar tanpa memberinya ruang berkata-kata.. Aku terus bla bersama Sasya yang terlopong memandangku.. Si dia juga ku lihat seperti orang yang terkena renjatan elektrik,, namun ku tak pedulikan semua itu.. Terus ku berlalu pergi..

*********************************************************************************

Let us feel the calmness..

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!